Saturday 20 April 2013

Nikmat



Assalamualaikum wbt..

 Kita sering terleka hingga membuatkan kita lupa akan nikmat yang Allah bagi setiap masa dan ketika.dengan kesibukan yang manusia itu sendiri cipta,mereka akhirnya lemas dengan tangungjawab yang mereka ciptakan untuk diri mereka sendiri. Memang benarlah firman Allah yang mengatakan bahawasanya tangan tangan manusialah yang memusnahkan bumi itu sendiri. Manakan tidak..makin modern dunia,makin banyak prasarana dan peralatan baru akan muncul,yang memerlukan manusia mengambil lebih masa untuk mempelajari dan memahami sistem yang terkini. Bila kesibukan makin menghimpit,kita tak akan mempunyai banyak masa untuk merenung dan mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita.

Akan tetapi,persoalannya.. banyakkah nikmat yang Allah turunkan pada kita umat manusia? Bila diajukan soalan ini,rata rata mereka akan mengatakan sangat sangat banyak. Tak ada siapa yang berani menyangkal fakta itu. Sesungguhnya kebenaran itu sangat terbukti. Contoh terbaik ialah nikmat kesihatan.nikmat melihat,nikmat merasa,nikmat makan dan seumpamanya. Itu tidak termasuk lagi nikmat batiniah.

Namun begitu,cuba kita fikirkan nikmat Allah yang maha kaya tak mungkin setakat apa yang kita rasa sekarang. Sedangkan kalau kita mengikuti kisah tentang syurga,nikmatnya terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan nikmat dunia. Adakah ini benar..? Jawapannya YA. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setakat mana hambanya mampu menerima nikmat atau kesakitan. Dan kerana lemahnya manusia ini,maka sebenarnya Allah hanya memberi setitik sahaja kenikmatan kepada kita di dunia ini berbanding kenikmatan di akhirat. Begitu juga kesakitan dunia berbanding kesihatan di akhirat.

Kita ambil contoh nikmat yang mudah untuk kita faham...setiap perkara yang menimbulkan rasa SEDAP itu adalah nikmat..contoh...

NIKMAT BERSIN: berapa kalikah secara normalnya kita akan bersin? Puratanya dalam 2 atau 3 kali. Bila bersin,kita akan rasa lega dan nikmat bukan? Cuba kita bayangkan jika Allah beri kita nikmat bersin 20 kali? Apa macam? :-) agak agak apa jadi pada kita bila setiap kali bersin,kita akan bersin 20 kali? Nescaya akan sakitlah perut,pinggang dan tengkuk kita. Itu tidak termasuk lagi yang terpaksa mengutip gigi palsu di khalayak ramai angkara bersin tanpa henti..  :-)

KENCING: biasanya setelah kita membuang air kecil,kita akan secara automatik "sedikit menggigil" dipengakhirannya bukan? Ia berlaku sekitar 2 ke 3 saat sahaja. Nikmat bukan? Cuba bayangkan pula kalau Allah beri rasa mengigil itu selama seminit selepas buang air kecil.anda boleh bayangkan apa akan terjadi? Silap silap haribulan orang akan ingat kita mengidap sakit parkinson tahap kronik.  :-)

KENTUT: mahu tak mahu ia juga satu nikmat. Sebab kalau kita tak dapat mengeluarkan angin dari badan,kita akan rasa sebu dan tak selesa. Kita boleh rasa bagaimana jika kita terpaksa menahan kentut bukan?begitulah siksanya. Jadi kentut itu juga nikmat. Dan kebiasaannya kita kentut sekali sahaja. Bayangkan jika kita kentut tanpa henti selama seminit.apa akan jadi? Rasanya semua manusia akan keluar rumah dengan bertopeng kerana malu. Ataupun syarikat syarikat bas atau komuter tidak akan lagi mahu memasang aircond. Kerana pasti ramai yang menyumpah seranah bila gas gas ini dikeluarkan tanpa henti di dalam bas atau komuter..  :-)

Cukuplah dengan 3 contoh tadi untuk tatapan kita. Pendek kata,jangan selalu mengeluh dengan apa yang Allah beri pada kita. Kerana Allaha maha mengetahui apa yang kita perlukan. Rumusannya ialah,nikmat Allah memang terlalu banyak. Namun Allah beri terlalu sedikit untuk kita nikmati,sesuai dengan kemampuan manusia yang sedikit,untuk menerima nikmat nikmat itu. Selalulah berfikir di luar dari kotak fikiran kita,agar kita akan lebih mengetahui dan mengakui bahawa ALLAH maha mengetahui dan lebih menyayangi kita berbanding manusia..  :-)



Assalamualaikum wbt....   :-)






No comments: