Monday, 29 April 2013

Muak!

Assalamualaikum Wbt..


Muak,geli dan Berbagai Rasa Kurang Menyenangkan
Bila Membaca Warkah di Seluruh Negara Kini
Acapkali Pilihan Raya Datang Bertandang,ia Mula Meraban
Setiap Kali Berita Yang Sama Diulang Ulang Menimbulkan Geli

Kenapa Kejujuran Makin Hilang Tatkala Berkempen
Kenapa Maruah Lawan Dijaja Merata Negeri
Bukankah Lawan Atau Kawan itu Bangsamu Jua Tuan
Kenapa Sanggup Menghina Dan Mengeji?

Acapkali pilihanraya Bertandang,berita Yang Sama Jadi Santapan
Ratusan Ahli pertubuhan Lawanmu Keluar Parti
Ribuan bekas Ahli Lawanmu itu,menghulur Borang Kemasukan 
Helah Kotor Itulah Kau Ulangi Lima Tahun Sekali

Pagi Pagi Hari.ada Berita Terkini Yang Meloyakan
Si Polan Itu Menghina Nabi Menghina Islam yang Kita Anuti
Itu Berita Yang Kau Canang Dari Pagi Sampai hari Pengundian
Sedang Berita Itu Kau sendiri Tak Pasti Apa Yang Realiti 

Jika Jasadmu Tiada Di Persekitaran Tuan
Jangan Mengulas Apa Yang Dijaja Oleh Parti
Dosa Kita Sendiri Belum Tentu Diampunkan
Jangan Sebok Melolong Minta Ulamak Membetulkan Diri 

Ulamak Itu Pewaris Nabi,punya Ilmu Untuk Disampaikan
Kata Katanya Dalam,bukan Sekadar Apa Yang Kau Fikiri
Celik Dan Bukalah Matamu,nilai Diri Dan Ilmumu Tuan
Jangan Sampai Ungkapanmu Memakan Diri Sendiri..  

Kebenaran Adakalanya Sangat Memeritkan
Namun Teguran Adalah Penebat Terbaik Untuk Dinilai
Terimalah Teguran Demi Masa Hadapan
Tanpa Teguran Kita Boleh Lupa Dan Lalai

Sedang Ummar Al Khatab Pun Berpesan Pada Teman Teman
Tegurlah Aku Jika Ada Kesilapan Memerintah Negeri
Manusia yang Allah Redha Boleh Berkata Demikian
Siapa Kamu Yang Tak boleh Diteguri? 

Jangan Sesekali Rasa Gagah Selagi Bernafas Atas Belas Tuhan
Jangan Sesekali Bongkak Selagi Tegakmu Di Bumi Ini
Sehebat Manapun Kepimpinanmu Mengemudi Kerajaan
Pandangan Pembangkang Perlu Juga Kau Teliti 

Takkan Mungkin Kita mampu Melihat Di Belakang Badan
Kalau Bukan Teman Teman Yang Perlu Mengingati
Mana Mungkin Mampu Kita Menyukat Ukuran
Jika menyukat Hanya Pada Diri Sendiri



Assalamualaikum Wbt..   :-)
Post a Comment