Wednesday, 29 May 2013

pemimpin yang terkedu

Assalamualaikum Wbt...

Aku Tak Pasti reaksi Apa Yang Patut Aku Rasa
Bila Pemimpin Terkedu kala Ditanya Anak Bangsa
Soalannya Hanya Fardhu Ain Yang Biasa Biasa
Soal Najis Yang Terbahagi Empat Adanya

Pemimpin Itu Sekolahnya Hebat Luar Negara
Disertai Pengiring Tak Kurang Hebatnya
Si Anak Bertanya Contoh Najis Sahaja
Si Pemimpin Terpinga Pinga Memandang Timbalannya

Lawak?memalukan?atau Apa Reaksi Pemimpin Begitu?
Soal Hukum Asas Boleh Terpaku Terkedu Bila Ditanya?
Bila Berbicara,hebat Suara Bak Gempita
Berhadapan Hukum Tuhan,bacul Dan Hina Rupanya

Ingin Ku Tertawa Menyaksikan dangkalnya Ilmu Ugama
Tapi Aku Sedar,yang Ku Ingin Tertawakan Adalah Sebangsa
Ingin Ku Diamkan Rasa Ada Pertangungjawaban Pada Bangsa
Lalu Ku Kongsikan Jua Dengan Berlapik Kemas Agar Tak Terasa

Ku Harapkan Selepas Ini,esok Ataupun Lusa
Tak Terpandang Lagi Pemimpin Tak Berilmu Memerintah Negara
Pengajaran Juga Buat Pemimpin Pemimpin Yang Berbangga Bangga
Jangan Sampai Kebodohanmu Mengaibkan Diri Dan Keluarga

Wahai Pemimpin Jangan Berbangga Anakmu Belajar Di Luar Negara
Kalau Fardhu Ain Yang Asas Tak Kau Semat Di Dada
Takut Nanti Jadi Seperti Pemimpin Yang Ku Cerita
Hanya Memalukan Keluarga Dan Ugama


Assalamualaikum Wbt..:-)

subuh yang ditinggal

Assalamualaikum Wbt..

Dingin Subuh Bertemankan Gelita Yang Kelam
Tak Sedingin Subuh Waktu Kecilku Dulu
Sejuk Air Di Kali menusuk Sampai Ke Tulang Sum Sum
Namun Subuhku Tak Pernah Lalai Walau Sewaktu

Saat Usiaku Makin Meningkat Tua Dan Malam
Dingin Subuh Itu Bagai Tidak Terasa Seperti Dulu
Bangun Subuhku Terasa Bahang Mencengkam
Biar Kipas Berpusing Ligat Bagai Tak Mahu

Ku Rasa Nikmat Subuh Sudah Hilang Dari Alam
Sedang Manusia Manusia Baru Tak Sedar Itu
Pada Mereka Subuh Ini Paling Indah Dan Terbungkam
Tak Pula terasa Mahu Bangun Solat Sesudah Waktu

Bermula Subuh Dah Lupakan Pencipta Alam
Apatah Lagi Bila Kesibukan Mula Bertamu
Sedang Subuh Itu Permulaan Waktu Sebelum Malam
Masa Subuh Itu Jugalah Tidurnya Makin Nyenyak Bagai Tak Mahu

Ruginya terasa,bangun Solat Disubuh Kelam
Apatah Lagi tahajud Dan Taubat Tak Mungkin Mampu
Ikutkan Mata Yang Sebenarnya Dijahit Saitan Jahanam
Binasa jiwa Tak Pernah siapa Pun Tahu


Assalamualaikum Wbt...:-)

Tuesday, 28 May 2013

sihat dan sakit

Assalamualakum Wbt..

Kala Allah Kurniakan Kita Sihat
Kita Leka Tak Merasa Apa Apa
Bersyukur Pun terasa Penat
Apa Lagi Merenung Pemurahnya Sang Pencipta

Lalu Tika Kita Gembira Cukup Sifat
Leka Dengan Kekuasaan Dan Kesihatan Kita
Kita Makin Jauh Dari Allah Dan Lupa mengingat
Bahawa Nikmat Yang Diperoleh Pinjaman Cuma

Lalu Dalam Kealpaan Itu,Allah Tarik Nikmat Sedikit
Lalu Allah Berikan Sakit Yang Sedikit Cuma
Lalu Tak Semena Mena Kita Hilang Kuderat
Kita Hilang Kekuasaan,daya Dan Rasa

Tika Itu Seolah Kita Tersentap Dari Lena Yang Mengulit
Dari Bahagia Yang Nikmat Dan Gembira Yang Sedikit Cuma
Lalu Saat Itu Kita Mencari Cari Mana Sejadah Dan Arah Kiblat
Sedang Selama Ini Kita Tak Endah Kurnia

Pengasihnya Allah Menyembuhkan Sakit
Tenaga Kita Kembali Pulih Ada Nikmat Rasa
Lantas Kita Berkata Alhamdulillah Atas nikmat Sihat
Betapa Nikmatnya Sihat Selepas Merasa Sakit Seketika

Hari Berlalu,suria Silih Berganti Tubuh Badan Kita Semakin Sihat
Kita Lipat Sejadah,mula Sibuk mula Leka Menyembah Yang Esa
Begitulah Kita Acap Kali Menerima Musibah Selepas Itu Sihat
Ingat Bila Sakit,lupa Allah Bila Kuderat Kuat Dan Berdaya


Assalamualaikum Wbt...:-)

Saturday, 25 May 2013

Sang bidai ukiran

Assalamualaikum Wbt..



Wajahmu Cantik Pujaan Jauhari
Ukirmu Indah Ciptaan Berseni
Ukir Buluh Dedaun Berseri
Tampak Indah Sehari Hari

Tiga Dau Mu Kebiasaan Diberi
Penjuru Tiang Tegak Penunjuk Berdiri
Warna Alammu kena Sekali
Tak Jemu Mata Memandang Berkali

Ciptaanmu Melambangkan Pertiwi
Sedari Dulu Sampai Lah Kini
Walaupun Engkau Tak Lagi Diperduli
Sesekali Ternampak Pasti Indah Tak Terperi

Warisan Ini tak Pernah Dijelajahi
Entah Siapa Pandai Entah Siapa Berseni
Andai Esok Tak Siapa Mewarisi
Hilanglah Warisan Melayu Sejati.


Assalamualaikum Wbt...:-)

Friday, 24 May 2013

karnival belia di mataku

Assalamualaikum Wbt...


Putrajaya Kembali Bingit Meriah
Anak Muda Diraikan Megah
Karnival Belia Namanya Gah
Tapi Sedikit Untuk Rohaniah

Jalan Yang Besar Ditutup Penuh
Semata Kerana Karnival Yang Indah
Sayang Indahnya Membawa Punah
Mana Budaya Yang Menteri Ceramah?

Belia Pewaris Pimpinan Ummah
Tak Dapat Lari Masa Kan Berubah
Bagaimana Mungkin Jadi Pemimpin Yang Berhemah
Jika Budaya Tak Lagi Dimegah?

Wahai Pemerintah Teruskan Amanah
Jaga Beliamu Jangan Kau Punah
Tak Salah Mahu Berpesta Bermegah
Asal Ugama Jangan Disanggah

Wahai Belia Untung Kau Bertuah
Ada Karnival Dari Pemerintah
Pergilah Kau Raikan Pergilah
Waktu Solat Masjid Yang Dekat Tolong Kau Jengah

Aku Menulis hanya Setengah
Bukan Semua Yang Aku Ketengah
Teguran Hanya Tangungjawab Dan Amanah
Agar Tak Ditanya Dan Dipersoalkan Allah


Assalamualaikum Wbt...:-)

gembiranya aku

Assalamualaikum wbt..


Cuti Sekolah Dah bermula
Anak Anak Ku Ambil Semua
Bawa Balik Ke Rumahku Suka
Lama Berbulan Tidak Ku Jumpa

Malam Tidurku Dipeluk Yang Bongsu
Bangun Subuhku Aniq Ikmal Di Depanku
Lama Sudah sepi Hidupku
Tanpa Anak anak Sunyi Hidupku

Pagi Hari Masak Untuk Anakku semua
Nasi Goreng Kegemaran Aku Sedia
Walaupun Tak Mesah Tanpa Ayam Segala
Cukup Selera Mereka Merasa

Sayang Cuti Ini Poketku sayu
Tak Cukup Bekalan Untuk Anakku
Tapi tak Pernah Mereka Mengadu
Asal Cuti Ini Dapat Bersamaku

Sabar Anakku Ayah Berusaha
Moga Usaha Menemu Jaya
Nanti Berduit Kita Bersama
Bergembira Sementara Cutimu Ada

Wahai Allah Kasihani Anakku
Murahkan Rezekiku Demi Anakku
Jangan Kau Hadkan Kegembiraan Bertamu
Hanya Padamu Aku Merayu..


Assalamualaikum Wbt...:-)

pesanan buat penguasa

Assalsmualaikum Wbt...


Sudah Tahu Caranya..tapi Tak Diturut
Sudah Ada Undang Undangnya Tapi Tak Diikut
Kenapa Perintah Yang Salah Kau Turut
Bukankah Kau Berkecuali Bukan Tali Barut?

Mana Integritimu Yang Konon kau Berpaut
Mesra Cekap Dan Betul Seolah Tercampak Ke Laut
Malu La Pasukan Jadi Pak Turut
Punah Maruahmu Direngut Rengut

Uniform Kau Pakai Anak Anak Yang Takut
Orang Dewasa Hanya Memandang Meluat
Tak Siapa Lagi Merasa Takut
Kerana Sikapmu Kelingking Berkait

Ingat Tugasmu Bersama Sumpah Menurut
Adil Saksama wajib sentiasa kau Angkut
Kalau Pandangan Serong Mula Kau Takut
Itu Salahmu,bukan Kami Yang Belot

Wahai Penguasa Buangkan Takut
Perintah Durhaka Jangan Kau Ikut
Di Akhirat Nanti yang Perlu Kau Ingat
Kerana Tugasmu Untuk Masyarakat


Assalamualaikum Wbt..  :-)

Sunday, 19 May 2013

Zaujahku sakit...

Assalamualaikum Wbt...

Sudah Berhari2 Kau kepayahan Menahan Sakit
Sudah Berhari2 Jugalah Aku Hilang Bukan Sedikit
Tak Kedengaran Suaramu Seakan menjerit
Kala Kegembiraan Kau Rasakan Bangkit

Umpama dedahan Pokok saling Mengait
Sengsaramu itu Membuatkan Ku Turut Sakit
Bagaikan Pengail Kehilangan Rakit
Ku Rasa Nak Lemas Berdikit Dikit

Wahai Zaujah Sembuhlah dari Sakit
jangan Biarkan Dadaku Rasa Tersepit
Tak Tertahan Hanya Mampu Tahu Engkau sakit
Tak Mampu Membantu Walau Tekakmu Pahit

Jangan Kau ganggu Zaujahku Wahai Penyakit
Mentang Mentanglah Kau Tak Pernah Rasa Perit
Sesuka Hati Kau Membuat orang Merasa Sakit
Hingga Zaujahku Tak Mampu Bangkit

Wahai Zaujah Buka Matamu Sedikit
Ku Menunggumu Seawal Waktu Ku Bangkit
Pertanyaanku Tak Kau jawab Walau Sedikit
Kasihan Engkau Baikmu Diberikan Sakit


Assalamualaikum Wbt...  :-(

Thursday, 16 May 2013

Putaran dunia..

Assalamualaikum Wbt..



Kala Malam Meghadiahkan Dunia Kegelapan
Bulan Dan Bintang Memantulkan Cahaya
Tak Rela Agaknya Bumi kesedihan
Gelap Gelita Umpama Tak Bernyawa

Bila mentari Menunjukkan Sinaran
Siang Pun Gagah Tunjukkan Dirinya
Tak Mahu Mentari Menyiksa Insan
Kerana Tanpanya, Hidupan tiada

Bila Pagi Semakin Hilang Dingin
Mentari Tegak Atas Kepala
Semua Manusia Terasa Ingin
Menjamah Makanan Buat Tenaga

Masa Berlalu Petang Kelihatan
Mentari Sedia Sembunyi Seketika
Malam Yang Gelap takkan Kesepian
Kerana Bulan Kan Beri Cahaya

Begitulah Putaran Alam ciptaan Tuhan
Tak Pernah Lupa Akan Kerjanya
Bukan Seperti Aku Dan Tuan
Selalu Leka Pada Pencipta


Assalamualaikum Wbt...   :-)

Indahnya kejadian

Assalamualaikum Wbt...




Terpandang Diri Di Cermin Itu
Terdetik Hati indahnya tubuhku
Tuhan Jadikan pasti Bersebab Sesuatu
Tak Ada Ciptaannya Tanpa Bertuju

Lihat Matamu,pandang Selalu
bentuknya Sama,tapi Tak Sama Kuyu
Umpama Dakwat Warnanya Tak Satu
Begitu Juga Pada Matamu

Lihat Bibir,pembantu Lidah Berlagu
dua Ulasnya Tak Ada Yang Satu
Betapa Allah ciptakan Begitu
Agar Jelas butir Bicaramu

Lihat Lidah Dalam Mulutmu
Tiada Yang Dua Bercabang Mahu
Lidah yang Tajam Umpama Sembilu
Jikalau Dua Bertambah Dosamu

Lihat ditangan Lima Jarimu
Digenggam Terhasil Allah Di Situ
Cuba Lihat Genggaman Tanganmu
Kalau Tak Percaya Kata Kataku

Lihatlah Kaki Penyangga Tubuhmu
Walaupun Besar,tak Juga Satu
Kerana Kaki perlu Menahanmu
Andainya Satu Bagaimanakah Gerakmu?

Lihat Pula Dalam Hatimu
Apakah Terfikir Tujuan Hidupmu
Setiap Kita ada beban Di Bahu
Menjadi Khalifah Di Bumi melayu


Assalamualaikum Wbt....    :-)



Wednesday, 15 May 2013

Tanah ini milik kita..

Assalamualaikum Wbt...






Negara Ini Kepunyaan Melayu
Melayu Itu Banyak Suku
Walau Apa Pun namamu
Asal Melayu Itulah Bangsaku

Tanah Ini Daulatnya Tentu
Sultan Kerabat Pelindung Melayu
Ugama Islam Dijaga Tuanku
Takkan Siapa boleh Teraju

Tanah Airku Tuannya Melayu
Sayang ekonomi Cina Yang Palu
Walaupun Cina Juga Warganegaraku
Imbangan Pegangan Yang Perlu Padaku

Tanah Melayu Pemerintahnya Melayu
Patut Melayu dah Boleh Maju
Mana Silap Salah Bangsaku
Punya kuasa bangsanya Layu

Melayu kita Beralah Selalu
Bertanggapan Baik Pada Tetamu
Tidak Ku Sangka Tetamu Negaraku
Lebih Teguh Dari Bangsaku

Sedarlah Bangsaku Buka Matamu
Tanah Kita Tak Sebanyak Dulu
Cuba lihat hartanah Melayu
Berapa Yang Tinggal Untu Anak Cucumu?


Assalamualaikum Wbt...  :-(



Bangun Melayu..




Assalamualaikum wbt..






Bila Teringat Kota Melaka
Lama Termenung seorang diri
Dulu Melaka Megah Beraja
Kini Kerabat Tak Bersambung Lagi

Dulu Di Sini Hang Tuah berlima
Tegak Berdiri Mengawal Negeri
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Kini Melayu Bak Tapai Ubi

Apa Guna Melayu Yang Ada
Kalau Jasad Yang Masih Berdiri
Sedang Rohnya Tak Gagah Sepatutnya
Sedih Hang Tuah Bangsa Sendiri

Bumi Melaka Payung Bendahara
Hasilnya Banyak Tidak Terperi
Pedagang Datang Tak Kira Bangsa
Akhirnya Islam Subur Di Sini

Sayang Derhaka Mamak Celaka
Jual melaka Pada Paderi 
Fitnah Diukir Sampai Semua
Akhirnya Berbalah Seluruh Negeri

Inilah Sebab bangsaku Merana
Baik Dahulu Mahupun Kini
Inilah Sebab Kaki Tak Daya
Jadi Pengemis Negeri Sendiri

Hina Bangsaku Bukan Kerana Cina
Hina Kerana Bangsa Sendiri
Tamak Haloba Merompak Harta
Yang Musnah Pula Bangsa Sendiri

Baik Buruk Semua Bangsa
Semua Bergantung Usaha Sendiri
Jatuh Terduduk Masa Yang Lama
Bangun Nanti Gagahnya Pasti

Jangan Dikenang Sejarah Lama
Bangunlah Melayu Perkasakan Diri
Masa Hadapan Di Bahu Kita
Jangan Diperjudi Nasib Anakmu Nanti

Semangat Yang Lemah Kuatkan Bersama
Jiwa Yang Kecil Besarkan Lagi
Kuatkan takwa Iman Yang Teguh
Kuatkan Melayu Di Bumi Sendiri



Assalamualaikum Wbt...   :-)






ulamak pewaris nabi

Assalamualaikum Wbt...




Dirimu,namamu Dihina Dicaci
Umpama Pelita tak Diguna Lagi
Usia Tuamu Jadi umpatan Keji
Konon Gila Pada Kuasa Dan Gaji

Namun Kau Maafkan Mereka Acapkali
Jarang Sekali Kau Membela Diri
Biar Kau Tahu Fitnah Di Taburi
Pada Allah Kau Berserah Diri

Begitulah Hakikat Yang Perlu Kau Lalui
Namun Berundur Tidak Sama Sekali
Selagi Hukum Tak Jadi Amali
Ranjau Dan Duri Engkau Redahi

Jerih Payah Yang Kau Lalui
Tak Pernah Sekali Mengugat Rohani
Ilmu Tauhid Kau Tetap Beri
Pada Rakyat Dan Bangamu Sendiri

Nama Ulamak Tak Menjanjikan Murni
Malah Dikata Diumpat Dikeji
Namun Itu Tak pernah Diperduli
Allah Ada Sentiasa Di Sisi

Teruskan Perjuangan Pewaris Nabi
Jangan Diperduli Umpat Dan Keji
Tugasmu Membawa Pegangan Suci
Berbaktilah Engkau Demi Pertiwi


Assalamualaikum Wbt

ingatlah wahai teman..

Assalamualaikum Wbt...





Bila Hati Berkata,nafsu Menyambut menggalakkan
lalu Hati Mengikut,anggota Melakukan
Otak  Terangsang,idea Dikeluarkan
Terjadilah Perbuatan Berpaksikan Syaitan

Bila Hati Berkata,iman Mengingatkan
Otak Berfikir Ingatkan Tuhan
Anggota Terhalang Dari Memulakan
Tiada Pergerakan Selamatlah insan

Segala Perbuatan Atas Keizinan
Tak Mungkin Mampu Tanpa Izin Tuhan
Tapi Jangan sesekali Menyalahkan
Kerana Otakmu Ada Disertakan

Setiap Insan Ada Takdir Dituliskan
Semasa Usiamu Empat Bulan Dikandungan
Janji Dimetri dengan Persetujuan
Bila Lahir,kita Lupa Perjanjian

Bila Janji Kita Lupakan
Tunggulah Azab Yang Allah Janjikan
Janji Manusia tahu Pula Kita Tunaikan
Janji Tuhan tidak Kita Perdulikan

Lewat Seminit Punch Card Merah Ketakutan
Taku Nanti Menimbulkan marah Majikan
Zohor Kita 3 Jam Sudah Keterlewatan
Tak pula Takut Dalam Neraka Kepanasan

Makan Kita sangat Kita Menitik Beratkan
Tak Makan Babi Dan Minum Memabukkan
Hak Orang Kau Ambil Sembarangan
hasilnya Kau Beri Keluargamu Makan

Asal Rezeki Hendaklah Kita Pastikan
Jangan Yang Haram Dan Syubahat Kau Usahakan
Kalau Yang Haram Kita beri Keluarga Makan
Nescaya Keturunan Kan Berperangai Syaitan  



Assalamualaikum Wbt...   :-)


Tuesday, 14 May 2013

Assalamualaikum Wbt...




Petang Yang Damai,mengundang Rindu
Pada Zaujahku Yang Jauh terlalu
Tenang Air Tasik Tak Setenang Hatiku
Bila Agaknya Kita Akan Bertemu

Suram Petang Putrajaya Tetap Berpayung Langit Biru
Suram Hati Ini Tak Siapa Pun Tahu
Bagai Pelaut pukat Tak Laku
Pulangnya Dah Tentu Berhati Sendu

Wahai Zaujah Ku Rindu Padamu
Biar Siang Dan Malam Ku Dengar Suaramu
Selagi Kau Bukan Sah Milikku
Aku Pasti Resah Tak Menentu

Wahai Tuhan Dengarlah Permintaanku
Dekatkan Hatinya Dan Hatiku Jadi Satu
Permudahkan Segala Urusan Kami Selalu
Jangan Kau Uji Hati Kami Terlalu

Wahai Allah Perkenankan Permintaanku
Hantarlah Dia Pada Diriku
Letakkan Hatinya Pada Hatiku
Tuliskan Jodohnya dengan Diriku..


Assalamualaikum Wbt...  :-)



Sunday, 12 May 2013

Anak anak ku..


Assalamualaikum Wbt...




Demi Allah,aku Rindukan Anak Anakku
Lama Sudah Tidak Bertemu Kamu
Tiap Saat Berlalu Bersulamkan Sendu
Tiringatkanmu Tak Tertanggung kalbu

Anak Anak Penguat Semangatku
Tak Mampu Rasa Hidup Tanpamu
Betapa Hati Ini Terlalu Sayu
Doa Solat,Bercucuran Air Mataku

Anak Anakku,kasihan Aku Padamu
Sedang Rakan Rakan Ada Ayah Dan Ibu
Menemani Saban Waktu
Tapi Kamu aku Tinggalkan Selalu

Andai Ku Punya Kuasa Dan Ilmu
Kan Ku Jaga Kamu Selalu
Biar Sakit tenaga Ku Pacu
Asal Terlihat Kamu Di Depan Mataku

Sayangnya Aku Tak Punya Itu
Hidup Ku Juga Tak Menentu
Bagaimana Dapat Ku Menjagamu
Sedang Diriku Tak Mampu Selalu

Ya Allah Ya Tuhanku Ku Mohon Padamu
berikan Aku Waktu Barang Sesudu
Agar rinduku Tak Sering Bertamu
Dengan Anak Anakku Ada Di Sisiku



Assalamualaikum Wbt....:-(

sepi

Assalamualaikum Wbt...



Hari Ini Masih Lagi Seperti Semalam
Tiada apa Yang Ku Cari
Tiada Azam Baru Yang Ku Tanam
Terasa Bosan hidup Sendiri

Orang Keliling Kasih Bersulam
Tak Terasa hidupnya Sunyi
Anak Keliling Tak Pernah Diam
Ada Isteri Setia Di Sisi

Solat Subuhnya Menjadi Imam
Makmumnya Pasti Anak Dan Isteri
Sarapan Pagi Tak Sempat Diam
Riuh Gelagat Anak Sendiri

Hujung Minggu tak Pernah Membungkam
Segala Perkara sama Dikongsi
Hidup Terisi Siang Dan Malam
Tak Pernah Terasa Senyap Dan Sunyi

Andai Hidupmu indah Tak Muram
Panjatkan Kesyukuran Pada Ilahi
Jangan Leka Nikmat Bersulam
Jangan Lupa siapa Memberi

Buat Suami Yang Juga Imam
Jaga Keluargamu Jangan Khianati
Jangan Ada Curang dendam
Kelak sengsara Diri Sendiri


Assalamualaikum Wbt....   :-)

syukur 2..


Assalamualaikum Wbt...



Lihatlah Dunia,bila Kita Kehilangan
Kita Merasakan Kita Hilang Segala Kepunyaan
Berapa Banayak Kita Melalui Keperitan
Dan Merasakan Tidak Dapat Keluar Dari Cengkaman

Hari Ini Allah Masih Memberikan Kesenangan
Kita Keluar Dari Kesulitan Yang Kita Rasakan
Usia Kita Makin Berjalan Kehadapan
Kita Masih Hidup Dalam Kurniaan Tuhan

Bila Kita Dalam Kesusahan Dan Kesulitan
Kita Menyeru Tolonglah Aku Tuhan..
Hari Ini Kita Beroleh Kesenangan Dalam Penghidupan
Kita Lupa Apa Yang Pernah Kita Rintihkan

Kekadang Kita Lupa Bersyukur Atas Segala Kenikmatan
Kita Lupa Dengan Segala Ujian Yang Allah Berikan
Bulatkan Hati Pada Tuhan Wahai Insan
Segala Urusan Ku Serahkan Padamu Ya Tuhan

Yang Ada Ini Sudah Satu Harapan
Tidak Juga Salah Mengharap Yang Belum Kepunyaan
Tapi Syukur Lebih Tinggi Makamnya Dari kesabaran
Jangan Sesekali Mengkufuri Segala Pemberian



Assalamualaikum Wbt..   :-)



syukuri pemberian

Assalamualaikum Wbt...




Acapkali,kita Tersalah Sangka Dengan Ketenangan
Kita Anggap Ketenangan Itu Adalah Harta Kekayaan
Walaupun Itu Boleh Jadi Penyumbang Kemungkinan
Tapi Ia Bukan Segala Yang Kita Perlukan

Betapa Ramai Orang Yang Punya Rumah Idaman
Katil Empuk Tempat Tidur semalaman
Tapi Tidurnya Tidak Lebih Enak Yang Diharapkan
Atau Lenanya Tidak Nyenyak Semalaman

Bahkan Ada Orang Tinggal Seakan Gelandangan
Dia Lebih Lena Tidurnya Dari Si Kaya Yang Kesepian
Biarpun Hanya Pondok Buruk Tumpang Kasihan
Dari Insan Yang Masih Punya Peri Kemanusiaan

Ada orang Makannya Enak Tapi Tak Merasakan
Sedang Si Miskin Selera Walau Cuma Nasi Lebihan
Lihatlah Bagaimana Allah Membahagikan
Nikmat Kurniaan Bagi Setiap Insan

Jika Allah Ingin Memberikan Kesenangan Pada Insan
Tidak Mungkin Mampu Dihalang Oleh Apa Apa Tangan
Jika Allah Menghalang Kebahagiaan pada Insan
Tidak Ada Tangan Yang Bisa Menghulurkan Pemberian

Jika Allah urus Segala Kita Punya Urusan
Dan Allah Tak Berikan Diri kalian Pada Kalian
Dunia Boleh Berbuat Apa Yang Diinginkan
Tapi Mereka Tidak Boleh Mencabar Kebesaran Tuhan

Jika Allah Mengatur Untuk Kita Sesuatu Yang Menyedihkan
Yang Orang Mengatakan Itu Satu Kekalahan
Kita Akan Melihat Kemenangannya Di Sisi Tuhan
Sedang Mereka Tak Melihat Sedemikian

Apa Yang Orang Merasakan Satu Kerugian
Allah Akan Beri Kita Kekuatan
Dalam Jalan Jalan Yang Tidak Kita Bayangkan
Kerana Allah Mampu Mencipta Keajaiban Dalam Penghidupan



Assalamualaikum Wbt... :-)

Friday, 10 May 2013

Tapai itu melayu..

Assalamualaikum Wbt...


 

Melayu..gambarannya Lembut,sopan,menghormati
Ugamanya Islam Tak Bisa Boleh Ditukar Diganti
Kami Kuat Berpegang Adat Tak Mungkin Dikhianati
Sanggup Mati Anak Dari Adat Tak Dihormati

Namun..benarkah Melayu Ini Kuat Sampai Saat Ini?
 Mungkinkah Melayu Tampaknya Gagah Tapi Tak Berisi
Ibarat Tapai Tampak Seperti Ubi
Bila Disentuh,lembik Tak Lagi Bersegi

Inilah Hakikat Bangsa Melayu Kini
Rupanya Melayu Perangai Bak Serani
Ugama Islam Tak pernah Diperduli
Malah Menghina Bangsa Dan Ugama Sendiri

Melintas Depan Ibu Tunduk Tak Mungkin Berdiri
Anak Sendiri Melintas Sambil Berlari
Tamu Datang Tak Berani Menunjuk Diri
Anak Sendiri Tumpang Sekaki

Hilang Sudah Santun Bangsaku Kini
Tidak Tersimpan Atau Berbaki
Bila Tapai Disangkakan Ubi
Ingatkan Banyak Rupanya Tiada Lagi


Assalamualaikum Wbt...  :-)



Aduhai ugamaku..

Assalamualaikum wbt...




Islam Itu Lengkap Untuk Manusia Sejagat
Bukan Pertengahan Atau Pengakhiran
Islam Itu Kuat,saffnya Rapat 
Biar Sukunya Banyak,asasnya Tak Berlainan

Dahulu Seksa Mengajak Kepada Saudara Dan Sahabat
Lagikan Masyarakat Yang tak Punya Iman
Semua Derita Muhammad Yang Dapat
Bila Wafat Sahabat Meneruskan Perjuangan

Zaman Sahabat Islam Gemilang Serata Tempat
Bergemerlapan Cahaya iman Semua Insan
Makmur Sejahtera Serata Sudut Dan Tempat
Islam Digeruni Dihormati Kawan Dan Lawan

Setelah Sahabat Khalifah Menyambung Mandat
Teruskan Perjuangan Menyuburkan Iman
Pemimpin Warak Rajanya Hebat
Al Quran Dan Sunnah Jadikan Pegangan

Kesejahteraan dirasai kealpaan Mendekat
Urusan Dunia Mengabui Pegangan
Bermulalah Kekusutan Berperingkat Peringkat
Bila Al Quran Tak Dijadikan Rujukan

Pergaduhan Permusuhan Dah Makin Melarat
Arab Berperang Tiada Kesudahan
Sesama Islam Bercakaran Bak Keparat
Medan Si Laknat Menguji Persenjataan

Bodoh Dan Angkuh Arab Yang Sesat
Mula Menular Di Nusantara Yang Aman
Melayu Islam tidak Lagi Sependapat
Tak Akan selesai ke Akhir Zaman 

Bila Al Quran Dilupa Inilah Akibat
Sesama Bangsa Tak Ada Persefahaman
Renung Renung Lah Apa Yang Kita Dapat
Selain Kebodohan Diperhati Si Polan 


Assalamuzlaikum Wbt...:-)

wahai PM ku...

Assalamualaikum Wbt...


BIN Mu Bukan Calang Calang Orang Ternama
Tun Razak Semua Melayu Takkan Lupa
Pejuang Bangsa Pembela Yang Merana
Felda Dan Felcra Dialah Penghulunya

Namanya Gah Dari Nyawa Dikandung Badan Adanya
Sampai Matinya Namanya Harum sentiasa
Seorang Yang Jujur Dalam Pegangan Dan Perjuangan
Mungkinkah Engkau Kan Mampu Menandinginya?

Najib Tun Razak Nama Tertera
Disebut Nama Terbayang Ayahanda
Semua Orang Bernafas Lega
Mengandaikan Kuah Pasti Kan Tumpah Ke Nasi Jua

Sayang Sekali Tanggapanku Hampa
Anak Dan Bapa Perangai Berbeda
Si Ayah Jujur Sentiasa Berusaha
Engkau Terpalit Bermacam Cerita

Jika Benar Terlibatnya Tiada
Bersihkan Namamu Berlengah Tiada
Mengapa Begitu Sekali Membelit Cerita
Rakyatmu Ini Tak Lagi Buta

Zaman Ayahmu Rakyat Melayu Ilmunya Tiada
Apa Dikata Itu Juga Dipercaya
Zaman Sekarang Jauh Berbeza
Sedikit Tersilap buruk Padah Kau Tangung Sengsara

Bangunlah Najib Jangan Lagi Berpura
Berkata Benar Itu Sebaiknya
Walaupun Pedih Akan Kau Rasa
Fikirkan ugamamu yang Diinjak Cina


Assalamualaikum Wbt...  :-)

sudah sudah la...

Assalamualaikum Wbt..





Sudah Sudah La Wahai Anwar..sudah La..
Redhalah Dengan Ketentuannya
Jangan Lagi Kau Robek Ktenangantetangga
Jangan Lagi Kau Buat Jalanan Sengsara

Bukankah Rakanmu Si Hijau Telah Redha
Mengapa Kau Masih Mengada Ngada
Tak Cukupkah Lagi Sengsara Tercipta
Sampai Semacam Apa Yang Kau Pinta?

Aku Tahu..aku Mengerti apa Kan Kau Kata
Tuntut Keadilan,hak Rakyat Itulah Dia
Mungkinkah Juga Nafsu Mu Semata?
Atau Mungkin Dendam Yang Membara?

Aku Tahu Hasratmu Besar,mega Raksaksa
Putrajaya Kau Idamkan Sentiasa
Tapi Usiamu Semakin Tua...
Tak Inginkah Kau Duduk Bersuka Suka?

Mengapa Dikejar Jawatan Itu Beriaia..
Bukankah Lebih Bagus Bersama Keluarga
Tek Perlu Pening Masaalah Negara
Biar Yang Muda Mendokong Juang Hingga Jaya

Rentetan Sejarah Hidupmu Gah Bergaya
Jangan Di Gadai Segala Yang Kau Ada
Biarlah Mereka Berbuat Dosa Berganda
Allah Kan Ada Membela Biar Pun Siapa

Kami Tahu Rasuah Beraja
Kami Tahu Melayu Binasa
Kami Senyap Tak Bermakna Rela
Kerana Allah Kan Bersama Kita

Redha Dan Doa..itu Sebaiknya
Kada' Kadarnya Wajib Kau Percaya
Kalau Benar Salah Adanya
Takkan Lama Ken Terbalas Jua


Assalamualaikum Wbt...  :-)

Ibu..

Assalamualaikum Wbt..







Sedari Kecil,kau Mengasuhku Hingga Dewasa
Sehingga Kini Bila Ku Di Sini,kau Menjaga
Kasihmu Berubah Sedikit Pun Tiada
Tak Terbanding Jasamu Dengan Sesiapa

Dulu Ku Kira Usia Bayiku usia Mu 21 Tahun Cuma
Kini 44 Tahun Berlalu,kau utuh sentiasa
Cuma Rambutmu yang Memutih Memberi Beza
Raut Wajahmu Ku Rasakan Masih Serupa

Saban Waktu Ku Melangkah Keluar Pintu Bekerja
Sarapan Pasti Terhidang Tak Pernah Kau Lupa
Seorang Isteri Pun Tak akan Sama Serupa
Tak Kan Mampu Mengasihaniku Sebegini Mega

Pulang Ke Rumah Tudung Sajimu Tak Pernah Lupa
Tak Pernah Ku Lapar walau Seketika
Berangan Nak Kurus Lupakan Saja
Hanya Mengundang Marah Berjela

Ibu Ku Ku Sayangkanmu Bonda
Jerit Perihmu Terbalasnya Entah Bila
Moga Allah Berikan Ku Usia Dan Masa
Untuk Ku Balas Jasamu Bonda


Assalamualaikum Wbt...:-)

Thursday, 9 May 2013

Maha pencipta dan manusia

Assalamualaikum Wbt...




Luasnya Langit Tiada Penyanga Diantara
Tak Tercapai Akal Memikir Kebesaran Yang Kuasa
Sedang Bumbung Stadium Boleh Rebah Merata
Inikan Pula Besar Langit Yang Tak Terjangka

Luas Lautan Tak Terjangkau Mata
Airnya Tak Tumpah Di Atas Dunia
Sedang Di gayong Kecil Titisnya kan Ada
Inikan Laut Berpusing Di Dunia

Bertaburan Bintang Menghias Angkasa
Tidak Terkira Jumlah Banyaknya
Aneh Tiada Siapa Menyangga
Bintang Tak Pernah Jatuh Ke Dunia

Jauhnya Bulan Darimu dunia
Namun Dah Sampai Manusia Ke Sana
Yang Itu Mereka Berbangga Bangga
Sedang Muhammad Ke Langit Ketujuh Sampainya Dia

Ramainya Manusia Berkata Kata
Konon Mengenal Yang Maha Esa
Kenalkah Dia Sebenar Benarnya
Sedang Sekular Diagungkan Jua

Malaysia Ada Berbilang Bangsa
Hukum Islam Sukar Diperkasa (Kata Mereka..)
Sedang Islam Universal Sifatnya
Janganlah Dipamer Kebodohan berkata

Negara Belum Sedia,bukan menolaknya (Kata Mereka)
Sedang Islam Itu Beribu Tahun Usianya
55 Tahun Berkuasa Masih Tak Bersedia
Bolehkah tak Solat Beralasan Yang Sama?


Assalamualaikum Wbt....  :-)



kasihan anak bangsaku

Assalamualaikum Wbt...



 Wajahmu Bagaikan Kanvas seorang Pelukis
Ditatarias Dengan Warna Berbagai
Kalau Lukisan Punya Harga Dan Laris
Mungkin Kau Juga Terdetik Sendiri

Wajah Yang Mulus Disapu Dikikis
Konon Yang Ada Tak menampakkan Seri
Lupa agaknya dosamu Menangis
Lupa Agaknya Pada Kubur Yang Sunyi

Anak Cina Belajar Berniaga Tak Habis Habis
Anak Melayu Berlumba Menyanyi
Bagaimana Mungkin islam Tak Menangis
Melihat Umatnya Bagai Tak Ingat Mati

Petang Mendatang Si Cina Mengira Perniagaan Yang Laris
Anak Melayuku Di Depan Tv Menanti
Bagaimana Nanti Bangsaku Akan Menjadi Waris
Sedang Alpanya  Bagai Disulami Mimpi

Azan Bergema Si sepet Mengira Barang Yang Dah Habis
Anak Melayu Pula Baru Nak Mandi
Isyak Nanti Si Cina Tersenyum manis
Melayu berhabis Duit,sms Mengundi

Lekanya Bangsaku Buatku Menangis
Butakah Mata Atau Hatinya Mati
Hang Tuah Dah Tiada Menghunus Keris
Siapa Pembelamu Di Hadapan Nanti?

Islam Diinjak Bangsaku sadis
Kuderat Yang Ada Hanya Memerhati
Nanti tersedar Negara Dah Habis
Baru Kau sedar Bangsamu Mati

Bangun Bangsaku sedaya Habis
Tanah Ini Semakin Hilang Berkaki
Mau Di Mana Duduknya aziz Dan Anis
Kalau Tanahmu Tak Berbaki Seinci


Assalamualaikum Wbt....    :-)

Bulan purnama

Assalamualaikum Wbt...




Hijaunya Rumput duduknya Di Bumi
Tempat Berpijak Sekalian Makhluk Di Sini
Bulan Pula Melanggit Tinggi
Seakan Tak Mungkin ke Sini Menemani

Namun Akal Insani tak Terduga Berseni
Bulan Dan Hijau Bersatu Kini
Hijau Dasarnya,di Tengah Bulan Menerangi
Letak Bagaimanapun Bulanmu Tetap di Tengah Menghuni

Sebelum PRU Keyakinanmu Tinggi
Putrajaya Terasa Dekat Tak Bermimpi
Sayang Semua Seakan Tak Menjadi
Kerana Liciknya Si Keris Merah Mengabui

Biarpun kecundang,tak sedikit Pun Kau Tangisi
Padamu Allah Lebih Maha Mengetahui
Tidak Seperti Si Mata Satu Tak ingat Diri
Berkokok Lagi Tak Terasakah Nak Berhenti?

Dalam Ahlimu Ada seorang Wali
Sangat Dihormati Seluruh Bumi
Sayang Kuderatnya Tak dapat Digagahi
Berundurlah Dia Walau Ditangisi

Gagah La Hijau bulan Menemani
Satu Di Langit Satu Di Bumi
Walau  Tiada Tok Guru Menasihati
Perjuangan Islam Jangan Sampai Terhenti


Assalamualaikum Wbt....  :-)

Mawar melayu yang layu

Assalamualaikum Wbt..





Kuntummu Mekar Warnamu Segar Baumu Bertamu
Merah Warnamu Sering Juga Membiru
Duri Di Ranting Memagari Kesucianmu
Dedaun Hijaumu Serasi Bersatu

Engkaulah Ros Engkaulah Mawar Engkau Yang Satu
Wangimu Segar Sesegar Air Berlalu
Rupamu Menawan Idaman Kalbu
Sayang Tahanmu Tak Sepanjang Waktu

Merahnya mawar.merah Jua Kerismu
Latarmu Putih Bayangan Suci Perjuanganmu
Pejuang Bangsa Bertahun Tahun Tak Jemu
UMNO Namamu 55 Tahun Dah Berlalu

Mawar nan Indah Bersekutukan Wanginya Bau
UMNO Nan Gagah Bersekutukan Ah Chong Dan Muthu
Kelopak Mawar Kan Gugur Satu Persatu
Ku Nampak Kuntummu MCA Dan MIC Semakin layu..

Suram Rupamu PM Selepas PRU
Sudah Ditabur Diberi Tak Mahu Memihakmu
Tertusuk Duri Mawar Masih Juga Terubat Wanginya Bau
Tertusuk Hati,sakitnya Tuhan Saja Yang Tahu..



Assalamualaikum Wbt...:-)

Biar dan Jangan

Assalamualaikum Wbt...

Biar Hilang Teman
Jangan Hilang Iman
Biar Hilang Kenangan
Jangan Hilang Harapan

Biar Hilang Kebahagiaan
Jangan Hilang Pedoman
Biar Hilang Kawan
Jangan Hilang Kejujuran

Biar Hilang Kesombongan
Jangan Hilang Belas Kasihan
Biar Hilang Kecantikan
Jangan Hilangkehormatan

Biar Hilang Kekayaan
Jangan Hilang Persaudaraan
Biar Hilang Pekerjaan
Jangan Hilang Kepercayaan


Assalamualaikum Wbt...   :-)

Hijau dan Biru ku..

Assalamualaikum Wbt...





Kibaran Hijau Dan Biru Semakin Lesu
Robek Koyak Kusam Warnanya Semakin Terlihat
Tak Lagi Jadi Kemegahan Sekelian Badut Sewaktu Dulu
Terbiar Ia Koyak Dan Rabak Tak Siapa mengingat

Biru Itu Lambangnya Damai..sastrawan memberitahu
Ibarat Langit Yang Saban Hari Terlihat
Sayang Damai Itu Hanya Kata Kata Umpama Jamu
Dimakan Tak Tentu Lagi Badannya Berkeringat

Hijau Itu penerang Mata Yang Mahu Menjamu
Mata Yang Kelam bisa Jadi Terlihat
Hijau Juga Warna Hebat Warna Ugamaku
Sayangnya hijau Dicemari Kotor Tingkah Lakunya Umat

Pemilihan Hijau Dan Biru Dah Lama Berlalu
Namun Tukangnya Tak Berhenti Berkeringat
Yang Menang Suram Yang Kalah Merayu
Akibat Dusta Dah Banyak diketahui Dan Terlihat


Assalamualaikum Wbt...:-)

Islam ugamaku

Assalamualaikum Wbt...


Tuhanku Satu,bukan Beribu Bertangan Seribu
Tuhanku wujud,tak Dapat Dilihat,tapi Dapat Diperhati
Tuhanku Bukan Kaabah,Kaabah Itu Ibrahim Menyusun Batu
Tuhanku Esa Maha Kuasa,tak Pernah Disalib Dan Disakiti

Allahurabbi Tuhanku Pencipta alam Maya juga Kamu
Allah Pengatur bintang Penghias Langit Diwaktu Malam Nanti 
Allah Juga Menentu Akan Takdir Hidup Kamu
Allah Penentu Jodoh Dan Ajalmu YangDatang Membawamu Kembali 

Bersemayamnya Allah Tak Seperti raja Melayu
Bersemayamnya Allah Dengan Caranya Sendiri
Tak Akan Sesekali ada Yang Bisa Menyamai Tuhanku
Jika Ada Katanya,syirik La Dia Tak Ada Mungkinnya Lagi

Islam Agamaku Mengajar Aku Berfikir Selalu
Ugama Yang Suci Mengapa Seperti Tiada Rohani
Bukan Salah Muhammad Mengingati,tapi Salahmu
Tak Pernah Mahu Mengkaji Al Guran Dan Hadith Nabi 

Islam Ugamaku Terdampar Sayu Dan Lesu
Tiada Pembela Yang Mahu Menghampiri
Ramainya Umat Tak tergambar Kuat Mu
Salah Pemimpinkah Jadi Begini?

Islam Ugamaku Muhammad Nabiku
Wafat Muhammad Ulamak Ku Iringi
Al Quran Dan Sunnah Ku Junjung Ku Tuju
Ugama Ku Islam,bukannya Nasrani



Assalamualaikum Wbt...:-)

Moden kah ini?

Assalamualaikum Wbt...


Dingin Subuh Ini Menenangkan Hati
Bak Air Sungai Mengalir Di Bumi
Liuk Lentuk Licahnya Menari
Menuruti Tebing Yang Ada Di Sisi

Kokok Ayam Tak Lagi Didengari
Arus Pemodenan Meragut Sepi
Kalau Ini Yang Harus Dilalui
Rugilah Warisan Mendatang Nanti

Biji Getah Tak Siapa Mengenali
Sedang Dulu Itulah Guli
Biji Tidak Pokoknya Apatah Lagi
Yang Rugi Anak Bangsaku Sendiri

Maju Itu Pengorbanannya Mesti
Bak Wanginya Ros Pastinya Berduri
Tapi Maju Biarlah Berseli Seli
Jangan Dilupa Seruan Ilahi

Azan Subuh Berkumandang Dari Tadi
Rumah Jiranku Gelap Lagi
Apalah Kemajuan Namanya Ini
Allah Memanggil Didengar Sepi

Matahari Bersinar Petanda Pagi
Ayam Bertebaran Mematuk Rezeki
Manusia Moden Menggosok Gigi
Tanpa Solat Mencari Rezeki

Wednesday, 8 May 2013

Sayang pulau itu..

Assalamualaikum Wbt...




Walaupun Aku Sokong Perjuanganmu
Tak Bermakna Putih Kan Jadi Biru
Walau Perit Kau Rasa Kata Kataku
Namun Semua Itu Kau Perlu Tahu

Dahulu Mutiara Itu Didokong Lawanmu
Umat Islamku Tak Senang Tak Juga Merayu Rayu
Namun Mungkin Ada Sesuatu Yang Membuku
Lalu Mereka Mengundi Kumpulanmu

Ku Sangka Kamu Bisa Mampu Menyubur Ugamaku
Biar Mutiara Itu Semakin Putih Membiru
Tapi Sayangitu Semua Tak Berlaku
Azan Tak Lagi Ku Dengar Selalu

Mana Suaramu Wahai Hadi dan Sekutu Sekutumu
Mana Anwar Yang Lantang Berlagu Saban Waktu
Kenapa Buta Mata Celikmu
Sedang Ugamamu Diinjak Di Tanah Tumpah Darahmu

Apakah Nasib Melayu Di Pulau Itu
Akan Senasib Dengan Temasik Yang Dilepaskan Tunku?
Suara Azan Tak Izin Dialun Dilagu
Sedang Kalau Ada Pun Suaranya Sayu

Memang Tak Semua Berkeadaan Begitu
Namun Pembelaan Ku Rasakan Perlu
Bukankah Islam Ugama Rasmi Negaraku
Mengapa Mereka Pijak Kepalamu?

Wahai Anwar Tunjukkan Tokohmu
Lagak Pendekar Pahlawan Melayu
Jangan Berdegar Berkokok Bertalu
Sedang najis Menggomol Ekormu

Wahai Hadi Kau Juga Satu..
Kenapa Sepi Mana Suaramu
Engau Ulamak Juga Tok Guru
Mencegah Yang Mungkar Adalah Tugasmu

Tak Guna Bersatu Kalau Cuma Ada Satu
Tak Guna Bersama jika Tak Terbela Ugamamu
Tak Guna setia Andai seperti Semalu
Diusik Sedikit Layu Dan Dungu

Wahai Anak Bangsaku Di Situ
Pulau Mutiara Milik Engkau Dan Aku
Bukankah Kita Sama Sama Melayu
Bangunlah Kamu,jangan Kau Tunggu Si Kayu



Assalamualaikum Wbt....:-)

Pemimpinku..

Assalamualaikum Wbt..


Tersentuh Hatiku Saat Pertama Kali Ku Lihat Wajahmu
Tak Pernah Ku Duga Bertemumu Walau Sedetik Waktu
Seorang Ulamak Yang Dicintai seluruh Rakyatmu
Lalu Kuntum Rindu itu Menguntum Sendu

Terubat Sudah Rindu Bertahun Dalam Hatiku
Berbekalkan Cinta Itu Ku Sapa Dirimu
Beruntung Rakyatmu Punya Seorang Kamu
Menumpang Teduh Barokah Akan Dirimu

Kau Ulamak Kecil,berbekalkan Hati Besarselalu
Lembut Hatimu tak Mengambarkan Tegas Ibadahmu
Seorang yang Pengasih,pada Keluarga Dan Rakyatmu
Tak Pernah Goyah Pada Perilaku Dunia Yang Haru

Pasti Aku akan Merinduimu Saban Waktu
Entah kapan Bisa Aku Ubati Rinduku
Cuma Setulus Doa Ku Titipkan Buatmu
Memacu,membangunkan Islam Bersamamu..



Assalamualaikum Wbt...    :-)

islam untuk semua..

ASsalamualaikum Wbt...


Islam Itu Indah,islam Itu Ugama Yang Lengkap untuk Semua
Turunnya Ia Memansuhkan Segala Ugama Yang Ada
Turunnya Ia Menyatukan Umat Seluruh Dunia
Turunnya Islam Buakan Untuk Arab,bahkan Utk Semua

Kita Akui Islam Itu Untuk Semua Manusia Dalam Dunia
Kita Akui Islam Itu Mudah Dan Indah Atas Segalanya
Tapi Kita Tolak Hukum Islam Pula..kenapa.?
Di Mana Hilangnya Iman,di Mana Hilangnya Kepercayaan Kita?

Islam Itu Untuk Semua Wahai Saudara
Islam Itu Sesuai Hingga Akhir Zaman Kita
Islam Itu Untuk Masyarakat Majmuk Seperti Kita
Siapa Kita Mempersoalkan hukumnya Di Negara Kita?

Andai Terlihat Ianya Tak Sempurna pada Pandangan Mata,
Carilah Kesempurnaan Itu Dalam hatimu saudaraku Semua
Sedang Allah Itu Sifatnya Besar,masakan kesilapan Ada Padanya
Bukankah Semestinya Kesilapan Itu Datangnya dari Kita Jua?

Ingatlah Saudaraku Semua
Islam Tak Pernah Ada Kurangnya
Jika Kau Rasa Ada Kurang Di Mana Mana,
Tuntutlah Ilmu,jangan Sampai Ke Neraka



Assalamualaikum Wbt...    :-)

mutiara kata

Assalamualaikum Wbt...


Kegagalan Dalam Kemuliaan Adalah Lebih Agung darjatnya
Dari Kemenangan dalam Kehinaan..



Assalamualaikum Wbt..    :-)

Tuesday, 7 May 2013

apa nak jadi bangsaku..

Assalamualaikum Wbt..


Tanah Ini Tanah Melayu Tanah Tumpah Darahku
Tuan Tanah Ini Bangsaku Bangsa Melayu
Pemerintah Tanah Ini Juga Bangsaku Sejak Dahulu
Sayangnya Bangsaku Juga Yang Ketinggalan Dari Dulu

Memang Benar Bangsaku Nombor Satu Dalam Segala Sesuatu
Dari Pemimpin Hingga Rakyat Biasa Yang Pelbagai Suku
Sayangnya Nombor Satu Itu tak Membawa Bangga Untukku
Kerana Satu Itu Hanya Untuk Kebejatan Anak Bangsaku

Satu Malaysia! Kata Pemimpin Melayu..bangsaku..
Mereka Jugalah Pengamal Rasuah Nombor Satu
Habis Terpalit Semua Bangsaku Dengan Kerosakan Itu
Tapi Semua Hanya Diam Membisu Menjadi Sekutu

Satu Malaysia! Sambut Anak Muda Melayu
Mereka Jugalah Penagih Tegar Nombor Satu
Pusat Serenti Penuh Dengan Melayu Bangsaku
Anak Haram Juga Penyumbang Terbesar Ialah Bangsaku

Apa Dibangga Dengan Melayu,tewas Pada Tuntutan Nafsu
Apa Yang Ada Pada melayu,sekadar Berbangga Ber IC Biru
Sedang Ekonomi Bukan Dalam Genggamanmu
Sedang Politik Tak Pernah Sekalipun Bersatu

Jangan Sesekali Kau Salahkan Cina Wahai Melayu
Haknya Terpelihara Dalam Perlembagaan itu
Kitalah Pesalah Yang Tak Tahu Malu
Sudah Tersandung Menyalahkan Batu

Jangan Kau Marah India Itu Bangsaku
Mereka Juga Sama Sepertimu Dan Aku
Walau Ladang Duduk Diamnya raju Dan Muthu
Mereka Hidup Tanpa Subsidi Seperti Kamu

Tanah Melayu Pemimpin Pun Melayu
Yang Miskin Melayu Rosak Pun Melayu
Entah Apa Yang Tak Kena Dengan Bangsaku
Bila Tercicir Tak Pernah Pun Mahu Mengaku

Jangan Selalu Menuding Jarimu
Kerana Satu Kau Tuding,empat Lagi Ke Arahmu
Jangan Mencari Salah Ah Cong Dan Muthu
Cari lah Salah Dalam Dirimu Dahulu



Assalamualaikum Wbt...  :-)


Bersatulah bangsaku..

Assalamualaiku  Wbt...

Kerisauan Mula Terasa Di Sana Sini Oleh Bangsaku
Terlihat Sokongan Makin Jauh Dari Waktu Dulu
Bimbangkan roket Merah Menguasai Tanah Melayu
Walaupun Ku Tahu Bukan Itu Yang Akan Berlaku

Jika Benar Kau Rasa Kerisauan Itu Saat Tanggal 6mei Yang Lalu
Bukalah Matamu Lapangkan Dadamu Renungkan Perlakuanmu
Ajaran Siapa Kita Ikuti Bila Fitnah Keji Dusta Segala Diperlaku
Muhammad Junjungan Tak Pernah Mengajar Kamu Semua Itu

Bersatulah BULAN dan KERIS Demi Ugama Islam Kamu
Jangan Bersatu Kerana Daulat Bangsamu Melayu
Kerana Bangsa takkan Ditanya Bila Matimu
Tapi Ugamamu yang Akan Kau Jawab Ketika Itu

Wahai keris Yang Sudah Lama Berkubu Seusia Waktu
Teroponglah Hatimu Adakah Masih Elok Seperti Dulu
Atau hitam Pekat Dek Kerana titik Dosa Yang Banyak Kau Laku
Atau Mungkin Darah Dagingmu Membusung Membunuh Bangsamu

Wahai bulan Yang berjuang sejak Diusir Dari keris Seketika Dahulu
Perjuanganmu Kau Yakin Benar Tak Berganjak Walau Sesuku
Luruskan Semula Saf Yang Kau Bina Bersama Ulamakmu
Jangan sesekali Kau Fikir Perjuanganmu Tiada salah Laku

 Manusia Sering Keliru Dan Tertipu saban Waktu
Biar Apa Pun Warna Asasmu Wahai bangsaku
Bersatulah Demi Ugamamu,sesudah Itu baru Bangsamu
Kalau Kau Takut roket Merah Menguasai Tanah Air Melayu

Tegakkan Islam Wahai keris,baru bulan Kan Bersamamu
Jika Islam Perjuangan Utamamu Pasti bulan Akan Datang Membantu
Bukankah Lama sudah Tok Guru Memberitahu
Takkan Tok Guru Akan Sanggup Menipu

Ku Pasti bangsaku Pasti Setuju bulan Dan Keris Bersatu
Kerana Semakin Ramai Yang Berkata Begitu
Berdoalah Semua,agar Allah Mencurahkan Restu
Semoga Islam Akan Subur Mekar Di Tanah Melayu.


Assalamualaikum Wbt... :-)


dusta

Assalamualaikum...

Bangganya Diri Dengan Kemenangan Dunia Penuh Pancaroba
Hingga Tak Sedar Kau Makin Melukai hati Dan Jiwa Mereka
Sedang Kemenanganmu Itu Terlalu Jauh Dari yang Dijangka
Masih Tak Malu Bersuara Besar Lagak Bak Perwira Bangsa


Kebohonganmu Akan Menyelamatkanmu Buat Sementara
Namun Sayangnya Akan Menghancurkanmu Selamanya
Apakah Kau Sedar Itu Semua Wahai Pemimpin Durjana?
Atau Mungkin Kau Buat Buat Lupa pada Hukum yang Maha Esa?

Ingatlah Pemimpin Akan janji Allah Yang Maha Esa
Barangsiapa Dibebani Dengan Tugas Memimpin Rakyatnya
Sedang Mereka Menipu Dan Berdusta Terhadap Mereka
Allah Haramkan Buatmu Syurga Syurga Indah Semuanya

Andai Janji Allah Itu Pun Kau Anggap Tiada Makna
Tak Terdetik Di Hatimu Rasa Sesal Barang Sedikit Pun Jua
Maka Kau Dengarlah Pesanan Yang Ini Pula
Semoga Ia mampu Menyedarkan Kamu Barang Seketika

Nabi Kita Pernah Bersabda,bukan Umatku jika Berdusta
Tubuh Badan Yang Membesar Dengan Hasil Berdusta
Maka Layak Untuknya Memasuki Neraka Entah Sampai Bila
Takutlah Pemimpin,gerunlah Kamu Semua..

Wahai Pemimpin..aku Tahu kau Tak Mungkin Akan Suka
Malah Tentera Tenteramu Pasti Akan Cuba Membela
benarlah Manusia akan Selalu Memusuhi ugamanya
Jika Tak Mengerti Dengan Apa Yang Dianutinya


Assalamualaikum Wbt...   :-)

Monday, 6 May 2013

Nik Aziz Nik Mat

Assalamualaikum Wbt..

Namamu besar Di Mata Kami Semua
Namamu Harum Dikalangan Kawan Dan Lawan
Namamu Bersih Dari Cerita Cerita Hitam Dan Cela
Namamu suci biarpun Kelilingmu Berantakan

Tubuh Kecilmu Tak Sepadan Hati Besar Waja
Melihat Syiar Islam Mengharum Di Halaman
Biarpun Penuh Termuntah Fitnah Melanda
Teguh pendirianmu tak Pernah Berlainan

Kata Katamu Tak Semua Difahami kami Semua
Kalau Ada Pun Kerap Diputar Belitkan
Namun Engkau Santun Sentiasa
Tak Pernah Melatah mahupun Meraban

Seri Wajahmu Terpancar Cahaya
Pentanda dadamu terisipnya Iman
Atur Gerakmu Sentiasa Terjaga
Sepadan Gelaran Yang Sultan Berikan

Pemerintahanmu 22 Tahun Lamanya
Cahaya Iman penuh Kau Sebarkan
Negeri Cik Siti Wan Kembang Kau Taburkan Jasa
Biar Lelahmu sering Kau Ketepikan

Sampai Masanya Engkau Berundur Jua
Walau Ramai Yang Air Matanya Bergenangan
Berehatlah Wahai Ulamak Ternama
Cukuplah perjuanganmu pengantimu Teruskan 


Assalamualaikum Wbt...  :-) 
Selamat Beristirehat Buat
Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat


ingatlah....

Assalamualaikum Wbt..

Wahai Pemimpin Yang Kotor Jiwanya
Kemenangan Mu Itu Bersaksikan Mata Berjuta
Bersih Dan Kotor Bersaksi Semuanya
Tak Akan Terlepas Walau Sehasta

Wahai Pemimpin yang Sedang Gembira
Jika Menangmu Bermaruah Kau Rasa
Raikanlah Selagi Dayamu Ada
Kerana Setelah Ini Tugasmu Sangat Sengsara

Wahai Pemimpin Yang Diberi Mandat  "Agaknya"
Tunai Janjimu Jangan Kau Lupa
Kerana Segala Apa Yang Kau Kata
Ada Banyak Mata Yang Menyaksi Setia

Wahai Pemimpin Yang Selalu Berdusta
Kemenanganmu Telah Lama Ku Jangka
Bukankah Setiap Kali Akan Berlaku yang Sama
Lakonanmu Sentiasa Diulang Semula

Jika Kemenanganmu Bermaruah Adanya
Kau Berhak Berbangga Dan Gembira
Tapi Jika Kemenanganmu Atas Tipu Daya
Tunggulah Azab Yang Akan Menjelma

Wahai Allah Ampunilah Mereka
Sesungguhnya Mereka Saudaraku Juga
Apakan Daya Hatinya Buta
Ampunilah Mereka..saudaraku Semua..


Assalamualaikum Wbt....   :-)

perjuangan ku...

Assalamualaikum Wbt...


Islam Ugamaku Tewas di Lapangan Keji
Usaha Kerasmu Tak Terdaya Menembusi
Tipu Helah Mereka Yang Gilakan Kuasa Negara Ini
Tapi Percayalah Janji Allah Itu Pasti Terjadi

Janganlah Bertanya Bila Kemenangan Bisa Terjadi
Sedang Usaha Dan Doa Telah Acapkali Diberi
Bukankah Janji Allah Telah Diketahui
Bila Kesakitan Dan Kesusahan Terjadi,kejayaan kan Hampir Dimiliki

Umpama Ibu Yang Sakit Untuk Melahirkan Bayi
Sakit yang Diberi,baru Allah Kurniakan Bayi
Bukankah Bayi Itu Keindahan Dan Kesenangan Hati?
Bukankah Bayi Itu Kejayaan Setelah Merasai Sakit Setengah Mati?

Umpama Bayi Yang Menangis kerana Gigi
Demam Dahulu Berhari Hari
Lalu Allah Kurniakan Gigi
Lantas Nikmat Makan Itu Allah Beri

Begitulah Perjuangan Islam Di Serata Bumi
Mesir Bergolak Pakistan Dikhianati
Pasti Akan Ada Yang Bakal Terjadi
Kejayaan Islam Akan Pasti Terbukti

Ingatlah Janji Allah Itu akan Pasti Terjadi Nanti
Sedang Daun Yang Hitam Gugur Dimalam Gelap Allah Ketahui
Inikan Pula Bisikan Hati Perjuangan Suci
Pasti Kan Ada Kemenangan Untuk Kita Menanti..

Sabarlah Mujahid,sabar Dan Redhalah Dengan Ketentuan Ini
Sesuatu Yang Tak Terduga Akan Allah Beri
Jika Itu Yang Allah Kehendaki
Kerana Allah Itu Maha Mengetahui

Teruskan Berjuang tunjukkan Bukti
Takkan Goyah Sama Sekali
Walau Apapun Yang Bakal Terjadi
Cahaya Islam Kan Terus Menyeri


Assalamualaikum Wbt... :-)

Redha..Pasrah..

Assalamualaikum Wbt....


Jelas Sudah Apa Yang Terselindung
Jelas Sudah Segala Yang Kabur
Segala Apa Yang Berlaku Adalah Ketentuan Allah Yang Agung
Jangan Sesekali Kita Bongkak Dan Takbur 

Wahai Pemimpin Yang tangungjawabnya Baru Disambung
Jalankan tugasmu sebaik Mungkin Dan Jangan Takbur  
Ingat Janjimu Jangan Sekali Kau Cuba Selindung
Segala Yang Kau Perbuat Akan Ditanya Di Dalam Kubur 

Wahai Pemimpin Yang Tewas Di Medan semalam Yang Membusung
Janganlah Kamu Menyalak Gunung yang Takkan Mungkin Akur
Serahkan Semuanya Pada Allah Yang Maha Agung 
Segala Yang Berlaku Sudah tertulis Dalam SusunanNya Yang Teratur 

Wahai Allah Tuhanku Yang Agung
Kami Redha Ketentuanmu Yang Kau Atur
Beri Kami Kekuatan untuk Terus Bertarung
Melawan Kebejatan Kepimpinan,akhlak Pemimpin Yang Hancur

Saturday, 4 May 2013

untuk anak anakku

Assalamualaikum Wbt...

Maafkan Ayah Kerana Kekurangan Ini
Maafkan Ayah Atas Kesusahan Yang Ini
Maafkan Ayah Kerana kepayahan Acapkali
Maafkan Ayah Kerana Ujian Ini 

Mungkin Anak Anak Ayah Tidak Mengerti
Mungkin Anak Anak Ayah Tak Memahami
Mungkin Anak Anak Ayah Tak Merasai
Mungkin Juga Ayah Yang Tak Pasti 

Segala Kepayahan Ini Ujian Ilahi
Segala Kesulitan Ini Ada sebab Tersendiri
Segala Keperitan Ini kita sama Merasai
Segala galanya Ini Ada Nilai Di Sisi Ilahi 

Sabarlah Anak Anak Yang Ku Kasihi
Sabarlah Dengan Ujian Ini
Sabar Kita Pasti Akan Diberkati
Sabar Kita Pasti Ada Hikmahnya Nanti

Percayalah Allah Itu Maha Mengetahui
Percayalah Perancangan Allah Itu Tak Terperi
Percayalah Segala Yang Bermula Akan  Berakhir Mati
Percayalah Allah Itu tak Mungkin Mengkhianati 

Berdoalah Anak Anakku untuk Kelangsungan Hidup Ini
Berdoalah Untuk Masa Depan Yang Lebih Pasti
Berdoalah Untuk Kesenangan Diri
Berdoalah Agar Ayah Tak akan Selamanya Menyesali 

Ya Allah Ampunilah Dosa Kami
Ya Allah Bahagiakanlah Anak Anak Kami
Ya Allah Dengarlah Rayuan Kami
Ya Allah berikanlah Keampunanmu Buat Kami 


Assalamualaikum Wbt....  :-)

(Ayah Sayang Anak Anak Ayah..)
Assalamualaikum Wbt..


Maaf...semalam Saya Ada Urusan Di Penang,jadi Tak Sempat Nak Menulis...

Sila Nikmati Pasembor Ni..hehehe  :-)


Wednesday, 1 May 2013

Renungan untuk Wanita..



Assalamualaikum Wbt...

Wahai Wanita Ingatlah Semua
Adam Tercipta Kemudian Hawa.
Janganlah Kamu Cuba Meraja
Ingat Asalmu Rusukku Jua

Wahai Wanita Perhiasan Dunia
Kecantikanmu Itu Jangan Diperaga
Jagalah Ia Sehabis Daya
Untuk zaujmu Yang Bakal Tiba

Wahai Wanita Sungguhmu Mulia
Solat Sunatmu Perlunya Tiada
Sedekahmu Tak Perlu Ada
Taat Zaujmu Dan Allah,syurgamu Ada

Wahai Wanita Rahimmu Jaga
Benih Zaujmu Tempatnya Di Sana
Bukan Benih Entah Siapa Saja
Bukan Untuk Benih Nafsu Neraka

Wahai Wanita Auratmu Jaga
Tutupi Ia Bukan Membalutnya
Sarunglah Baju saiz Yang Kena
Bukan Saiz bagai Tiada Ugama

Wahai Wanita Dosamu Ku Tangung Sama
Kerana Padamu Tangungjawabku Ada
Kasihanlah Pada Kami Semua
Kerana Dosamu,kakiku Jauh Dari Pintu Syurga 



Assalamualaikum Wbt.. 
Selamat Hari Pekerja..   :-)

puisi untuk renungan lelaki..

Assalamualaikum wbt..

Dahulu Lelaki Kebangaan Wanita
Tokohnya Ramai Tidak Terkira
Disebut Lelaki Wanita Bahagia
Kerana Lelaki Melindungi Menjaga
Kini Bila Disebut Lelaki Wanita Kecewa
Kerana Lelaki Hilang Gagahnya

Dulu,bila Wanita Teraniaya
Sepasukan Ulamak Datang Membela
Sungguh Lelaki Kebangaan semua.
Kini Ribuan Wanita Suci Teraniaya
Merayu Meratap Minta Dibela
Namun Lelaki Tunduk Tak Bertenaga 

Dulu Wanita Dalam Jagaannya
Lelaki Memagari Sehabis Daya
Tiada Siapa Berani Menggoda.
Kini Wanita Di Bawah Jagaannya
Lelaki Tak Kisah Auratnya Terbuka
Wanita Dibiarkan Bebas Binasa

Dulu Lelaki Mengadai Harta Dan Nyawa
Berjuang Untuk Kemuliaan Ugama
Kini Lelaki Mengadai Semuanya
Demi Nafsu Dunia Dan Seisinya
Sedang Wanita Terbiar Lara
Lelaki Pula Sebok Bergaya 

Dulu Lelaki Mencipta Nama
Kental Dan Tekun Mencapai Cita
Biar Perit Jerih Merantai Tenaga
Diusahakan Jua Sampai Jaya..
Lelaki Kini Hanya Bercerita
Hebatnya Sejarah Dahulukala

Dahulu Lelaki Perjuangkan Ugama Dan Negara
Kini Lelaki Perjuangkan Kroni Dan Kuasa
Hingga Sanggup Membunuh Menyiksa
Tak Kira Saudara Ataupun Siapa
Asalkan Nama Tinggi Duduknya

Sedarlah Lelaki Pemimpin Dunia
Wanita Tak Pandang Itu Semua
Wanita Merindu Lelaki Mulia
Pembimbing Penenang Hati Nan Lara
Kembalilah Ke Acuan Madrasah Ulama'
Permulaan Lahirnya Khalifah Ternama 



Assalamualaikum Wbt....    :-)

Mari berjuang


Assalamualaikum Wbt..


Bertemu Bicara Bersama Saudara Saudari Yang Dirahmati Allah.
Dalam Keadaan Kkta Sedang Menghadapi Suatu Keadaan Yang Melanda
Masyarakat Malaysia Sempena Dengan Hampirnya musim Pilihanraya,saya Mengambil Kesempatan Ini Mengajak Saudara Saudari Yang Mengikuti Blog Ini,untuk Mengenangkan Ayat Ini...
"Sesungguhnya Allah Taala Menjadikan Manusia Itu Dalam Keadaan Yang Sentiasa Mereka Bertarung Dan Berjuang Terus Menerus.."


Ini Yang Disebut Oleh Nabi  "Yang Bernama Jihad Itu Pasti Berterusan Sehingga Kiamat.." Jihad Dalam Islam Merupakan Pertarungan Hidup Mati Islam. Jika Kita Tidak Menangung Amanah Jihad yang Menegakkan Islam Ini,nabi Sebut "Tidak Ada Orang Islam Yang Meninggalkan Jihad Melainkan Mereka Ditimpa KEHINAAN. Bagi Mengelakkan Kita Ditimpa Kehinaan,dan Bagi Melaksanakan Amanah Ini,musim Jihad bermula Malah Telah Lama Bermula. Gendang Perang Jihad Sedang Dipalu. Kita Perlu Terjun Dalam Medan Mengajak Manusia Kepada Allah. Mengajak Manusia Menegakkan Ugama Allah. Kata Allah "Wajib Menegakkan Agama Allah Dan Jangan Kamu Berpecahbelah Dalam Perkara Ini"

Jihad Ini ada Dua..iaitu BUAJAHAH HARBIYAH Dan BUAJAHAH SILMIAH.
BUAJAHAH HARBIYAH Ini Maksudnya Kita  Mengadap Musuh Yang Menganiyai Kita Dengan Cara Berperang. Itu Berlaku Pada Zaman Dulu. Zaman Ini Kita Menghadapi BUAJAHAH SILMIYAH.kita Menghadapi Musuh Islam,yang Hendak Merosakkan Islam Dan  Melemahkan Islam,dan Mengkesampingkan Islam Dari Penghidupan. Kita Perlu Berjihad Memerangi Mereka Bagi Maksud Memenangkan Islam,tapi Dengan Cara Yang Aman Damai. Jadi,pilihanraya Adalah Salah Satu Caranya.maka Dalam Buajahah Silmiyah  Ini Wajib Kita Masuk Dan Mengharungi Perkara Ini.. Tidak Mungkin Boleh Dilakukan Oleh Seorang Atau Sekumpulan Kecil. Ia Merupakan Penglibatan Semua Umat. 

Islam Ini Bermakna Jihad,pengorbanan Untuk Menegakkan Islam. Satu Agenda Besar,perjuangan Besar.. Atas Itulah Allah Memilih Kita Untuk Berada Pada Zaman Ini 
Zaman Semua Insan Turun Berjuang Unuk Menegakkan Islam,kerana pada Masa Ini Ada Yang Masih Menentang kebangkitan Islam Dan Mengalahkan Islam. Bersama Samalah Kita Menegakkan Islam Dengan Mengorbankan Apa Yang Kita Boleh Sumbangkan Untuk Menegakkan Islam Ini Melalui Undi. Islam Itu Adalah Yang Paling Tinggi..dan Tiada Yang Lebih Tinggi Daripadanya.. 


Assalamualaikum Wbt....   :-)

kita berbeza sebenarnya..


Assalamualaikum Wbt..

Ingatlah.... Melayu... Cina...india... Kadazan..bengali.. Dan Semua Bangsa Malaysia
Baca Sampai Akhir...kerana Inilah Realitinya..

Bangsa A Dipukul
Bangsa B Gembira
Bangsa B Disamun
Bangsa A Gembira

Bangsa A Memukul
Bangsa A Menyokong
Bangsa B Mencuri
Bangsa B Menyokong

Hanya Sokong Bangsa Kita
Bangsa Lain Dianggap Musuh
Kita Berbeza
Kita Memang Berbeza

Sedangkan Hitam Dan Putih Iu Berbeza
PERBEZAAN ITU UNIK

Warna Berbeza
Bunga Tetap Bunga
Jika Kita Sama
Jika Kita Berbeza 


Agama Sebagai Pegangan Hidup Kita
Bangsa Sebagai Identiti Diri Kita
Jantina Sebagai Tanda Tangungjawab
Politik Sebagai Tempat Bentang Idea

Walaupun Kita Banyak Perbezaan
Definisi Kita Banyak Persamaan
Tindakan Negatif Tetap Negatif
Pencapaian Positif Tetap Positif

Jangan Kerana Kumpulan Kita
Yang Salah Diterima Betul
Jangan Kerana Kumpulan Dia
Yang Betul Disalahkan..

JOM TURUN MENGUNDI !!!


Assalamualaikum Wbt...   :-)

malam untukmu Ya Allah


Assalamualaikum Wbt..

Mata Yang Tertutup,bukanya layu
Bangun Lesu Mengagahi Diri Sendiri
Sejadah Terbentang Kopiah Diacu
Mengadap Ilahi Tegak Berdiri

Doa Ku Pohon Pada Yang Satu
Moga Terampun Dosa Yang Tak Sepi
Nama Pun Manusia Alpnya Selalu
Saitannya Duduk Di Dalam Diri

Solat Sempurna Mataku Layu
Naik Ke Katil Baring Sendiri
Menanti Subuh  Di Dalam Sayu
Akhirnya hanyut Di Alam Mimpi 

Jaga Subuhku Pili Ku Tuju
Air Sembahyang Bersugi Gigi
Bentang Sejadah Solatlah Aku
Menyembah Allah Rabbul Izzati 

Segar Badanku Atas izinMu Tuhanku
Segar Mataku Al Quran Ku Cari
Bait Ayat Ku Sebut Berlagu
Kalam Tuhan Yang Maha Suci 

Solat Subuh seri Mukamu
Solat Zohor Pintu Rezeki
Asar Nanti Penyakit Berlalu
Maghrib Pula  Anakmu Pandai
Isyak Tertunai  Tidurmu Tiada terganggu..

Jangan Lupa Pada Duha Di Waktu Pagi
Rezeki Yang Banyak Akan Menunggu
Taubat Dilupa Jangan Sesekali
Jika Berhajat Sujudlah Selalu

Islam Itu Solatnya wajib Dan Pasti
Tanpa Solat,runtuh Ugamamu
Mari Beramal Sebelum Mati
Moga Syurga Akan Menunggu


Assalamualaikum Wbt...   :-)