Wednesday 1 May 2013

puisi untuk renungan lelaki..

Assalamualaikum wbt..

Dahulu Lelaki Kebangaan Wanita
Tokohnya Ramai Tidak Terkira
Disebut Lelaki Wanita Bahagia
Kerana Lelaki Melindungi Menjaga
Kini Bila Disebut Lelaki Wanita Kecewa
Kerana Lelaki Hilang Gagahnya

Dulu,bila Wanita Teraniaya
Sepasukan Ulamak Datang Membela
Sungguh Lelaki Kebangaan semua.
Kini Ribuan Wanita Suci Teraniaya
Merayu Meratap Minta Dibela
Namun Lelaki Tunduk Tak Bertenaga 

Dulu Wanita Dalam Jagaannya
Lelaki Memagari Sehabis Daya
Tiada Siapa Berani Menggoda.
Kini Wanita Di Bawah Jagaannya
Lelaki Tak Kisah Auratnya Terbuka
Wanita Dibiarkan Bebas Binasa

Dulu Lelaki Mengadai Harta Dan Nyawa
Berjuang Untuk Kemuliaan Ugama
Kini Lelaki Mengadai Semuanya
Demi Nafsu Dunia Dan Seisinya
Sedang Wanita Terbiar Lara
Lelaki Pula Sebok Bergaya 

Dulu Lelaki Mencipta Nama
Kental Dan Tekun Mencapai Cita
Biar Perit Jerih Merantai Tenaga
Diusahakan Jua Sampai Jaya..
Lelaki Kini Hanya Bercerita
Hebatnya Sejarah Dahulukala

Dahulu Lelaki Perjuangkan Ugama Dan Negara
Kini Lelaki Perjuangkan Kroni Dan Kuasa
Hingga Sanggup Membunuh Menyiksa
Tak Kira Saudara Ataupun Siapa
Asalkan Nama Tinggi Duduknya

Sedarlah Lelaki Pemimpin Dunia
Wanita Tak Pandang Itu Semua
Wanita Merindu Lelaki Mulia
Pembimbing Penenang Hati Nan Lara
Kembalilah Ke Acuan Madrasah Ulama'
Permulaan Lahirnya Khalifah Ternama 



Assalamualaikum Wbt....    :-)

No comments: