Thursday 16 May 2013

Putaran dunia..

Assalamualaikum Wbt..



Kala Malam Meghadiahkan Dunia Kegelapan
Bulan Dan Bintang Memantulkan Cahaya
Tak Rela Agaknya Bumi kesedihan
Gelap Gelita Umpama Tak Bernyawa

Bila mentari Menunjukkan Sinaran
Siang Pun Gagah Tunjukkan Dirinya
Tak Mahu Mentari Menyiksa Insan
Kerana Tanpanya, Hidupan tiada

Bila Pagi Semakin Hilang Dingin
Mentari Tegak Atas Kepala
Semua Manusia Terasa Ingin
Menjamah Makanan Buat Tenaga

Masa Berlalu Petang Kelihatan
Mentari Sedia Sembunyi Seketika
Malam Yang Gelap takkan Kesepian
Kerana Bulan Kan Beri Cahaya

Begitulah Putaran Alam ciptaan Tuhan
Tak Pernah Lupa Akan Kerjanya
Bukan Seperti Aku Dan Tuan
Selalu Leka Pada Pencipta


Assalamualaikum Wbt...   :-)

No comments: