Wednesday 15 May 2013

ingatlah wahai teman..

Assalamualaikum Wbt...





Bila Hati Berkata,nafsu Menyambut menggalakkan
lalu Hati Mengikut,anggota Melakukan
Otak  Terangsang,idea Dikeluarkan
Terjadilah Perbuatan Berpaksikan Syaitan

Bila Hati Berkata,iman Mengingatkan
Otak Berfikir Ingatkan Tuhan
Anggota Terhalang Dari Memulakan
Tiada Pergerakan Selamatlah insan

Segala Perbuatan Atas Keizinan
Tak Mungkin Mampu Tanpa Izin Tuhan
Tapi Jangan sesekali Menyalahkan
Kerana Otakmu Ada Disertakan

Setiap Insan Ada Takdir Dituliskan
Semasa Usiamu Empat Bulan Dikandungan
Janji Dimetri dengan Persetujuan
Bila Lahir,kita Lupa Perjanjian

Bila Janji Kita Lupakan
Tunggulah Azab Yang Allah Janjikan
Janji Manusia tahu Pula Kita Tunaikan
Janji Tuhan tidak Kita Perdulikan

Lewat Seminit Punch Card Merah Ketakutan
Taku Nanti Menimbulkan marah Majikan
Zohor Kita 3 Jam Sudah Keterlewatan
Tak pula Takut Dalam Neraka Kepanasan

Makan Kita sangat Kita Menitik Beratkan
Tak Makan Babi Dan Minum Memabukkan
Hak Orang Kau Ambil Sembarangan
hasilnya Kau Beri Keluargamu Makan

Asal Rezeki Hendaklah Kita Pastikan
Jangan Yang Haram Dan Syubahat Kau Usahakan
Kalau Yang Haram Kita beri Keluarga Makan
Nescaya Keturunan Kan Berperangai Syaitan  



Assalamualaikum Wbt...   :-)


No comments: