Tuesday 30 April 2013

Anak anakku..


Assalamualaikum Wbt...


Anak Anakku..engkaulah Harta Kurniaan Yang Esa
Hasil Nikmat Teramat Sedetik Masa Bahagia
Harus Ku Bayar Nikmat Seketika Itu Sepanjang Usia
Menjaga Melindungi Sedaya Upaya Dengan Nyawa 

Anak Anau Engkaulah kebahagiaanku Sepanjang Usia
Walau Perit Derita Ujian Melanda Bertimpa Timpa
Ku Gagahi Jua tanpa Sebutir Pun Rasa Kecewa
Kerana Kau Berhak Juga Untuk Hidup Sempurna

Anak Anakku Engkaulah Cahaya,indah Tak Terkata
Pemulih Semangat Yang Kadang Merudum Tiba Tiba
Walau Sesekali Aku Jatuh,sakit Bertandang bertimoa Timpa
Kalianlah penyuluh bak Bulan Purnama

Anak Anakku..sekiranya Nanti Ayah Telah Tiada
Kirimkanlah Doa Saban Masa Dan Ketika
Kerana Kalian Sajalah Harta Yang Aku Ada
Semoga Nanti Lahadku Terang Penuh Cahaya


Assalamualaikum Wbt...  :-)




cemburukah aku..?


Assalamualaikum Wbt..


Sesekali Terbit Di Sudut Hati
Rezeki Diterima Seakan Tak Mencukupi
Terlihat Milik Orang Lain Sempurna Amat Sekali
Seolah Tiada Kekurangan Walau Seinci

Begitulah Sering Terdengar Bisikan Hati
Janji Iblis Sudah Tentu Ditepati 
Menggoda Manusia Agar Tidak Mensyukuri
Dengki Cemburu Bersultan Beraja Di Hati 

Nasib Yang Ku Lalui Ketika Ini
Mungkin Yang Terbaik Buat Diri Ini
Bukankah Allah Itu Lebih Mengetahui
Betahkah Tidak Hambanya Mengharungi

Segala Apa Yang Ku Lalui
Adalah Yang Terbaik Untuk Menguji
Bukan Untuk Ku Sesali Sesekali
Tapi Untuk Memajukan Diri..


Assalamualaikum Wbt...  :-)

Monday 29 April 2013

ulamak tunjang khalifah


Assalamualaikum...


Ulamak Itu Pewaris Nabi,sumber Rujukan Menjalani Hidup Ini
Ulamak Itu wajib Dihormati,bukan Dihina Dan Dicaci
Biarpun Pendapatnya Tak Sehaluan Dengan Yang kita Pelajari
Ketahuilah Bahawa Kata Katanya Berdasarkan Ilmu Yang Tinggi

Ulamak Itu Ilmunya Tinggi Namun Sentiasa Merendah Diri
Ulamak Itu Sentiasa Mengaji Dan Mengkaji Diri Sendiri
Bukan Mengkeji Dan mencaci Maki Peribadi
Bukan Seperti Kita yang Seperti Tak Ingat Mati  

Sesekali Berbeza Pendapat,lumrah Dalam Mencari
Bukan Pula Tanda Perbalahan Sesama Sendiri
Sekadar Mencari Nas Dan Hukum Menurut Ilmu Yang Dipelajari
Jangan Pula Kita Mengulas bagai Ilmuan Tertinggi

Benar! Maksum Itu hanya Ada Pada Nabi
Benar Juga Ulamak Itu Sekadar Mewarisi
Salah Dan Silap Pasti pernah terjadi
Tapi Bukan Untuk Dikeji Keji Setengah Mati 

Ingatlah Wahai Khalifah Dalam Dunia Ini
Jangan Sampai Menghina Nabi
Jangan Sampai Menghina Ulamak Sendiri
Jangan Sampai Bala Menimpa Diri 


Assalamualaikum Wbt....     :-)


Muak!

Assalamualaikum Wbt..


Muak,geli dan Berbagai Rasa Kurang Menyenangkan
Bila Membaca Warkah di Seluruh Negara Kini
Acapkali Pilihan Raya Datang Bertandang,ia Mula Meraban
Setiap Kali Berita Yang Sama Diulang Ulang Menimbulkan Geli

Kenapa Kejujuran Makin Hilang Tatkala Berkempen
Kenapa Maruah Lawan Dijaja Merata Negeri
Bukankah Lawan Atau Kawan itu Bangsamu Jua Tuan
Kenapa Sanggup Menghina Dan Mengeji?

Acapkali pilihanraya Bertandang,berita Yang Sama Jadi Santapan
Ratusan Ahli pertubuhan Lawanmu Keluar Parti
Ribuan bekas Ahli Lawanmu itu,menghulur Borang Kemasukan 
Helah Kotor Itulah Kau Ulangi Lima Tahun Sekali

Pagi Pagi Hari.ada Berita Terkini Yang Meloyakan
Si Polan Itu Menghina Nabi Menghina Islam yang Kita Anuti
Itu Berita Yang Kau Canang Dari Pagi Sampai hari Pengundian
Sedang Berita Itu Kau sendiri Tak Pasti Apa Yang Realiti 

Jika Jasadmu Tiada Di Persekitaran Tuan
Jangan Mengulas Apa Yang Dijaja Oleh Parti
Dosa Kita Sendiri Belum Tentu Diampunkan
Jangan Sebok Melolong Minta Ulamak Membetulkan Diri 

Ulamak Itu Pewaris Nabi,punya Ilmu Untuk Disampaikan
Kata Katanya Dalam,bukan Sekadar Apa Yang Kau Fikiri
Celik Dan Bukalah Matamu,nilai Diri Dan Ilmumu Tuan
Jangan Sampai Ungkapanmu Memakan Diri Sendiri..  

Kebenaran Adakalanya Sangat Memeritkan
Namun Teguran Adalah Penebat Terbaik Untuk Dinilai
Terimalah Teguran Demi Masa Hadapan
Tanpa Teguran Kita Boleh Lupa Dan Lalai

Sedang Ummar Al Khatab Pun Berpesan Pada Teman Teman
Tegurlah Aku Jika Ada Kesilapan Memerintah Negeri
Manusia yang Allah Redha Boleh Berkata Demikian
Siapa Kamu Yang Tak boleh Diteguri? 

Jangan Sesekali Rasa Gagah Selagi Bernafas Atas Belas Tuhan
Jangan Sesekali Bongkak Selagi Tegakmu Di Bumi Ini
Sehebat Manapun Kepimpinanmu Mengemudi Kerajaan
Pandangan Pembangkang Perlu Juga Kau Teliti 

Takkan Mungkin Kita mampu Melihat Di Belakang Badan
Kalau Bukan Teman Teman Yang Perlu Mengingati
Mana Mungkin Mampu Kita Menyukat Ukuran
Jika menyukat Hanya Pada Diri Sendiri



Assalamualaikum Wbt..   :-)

Saturday 27 April 2013

ingatlah wahai ummah..

Assalamualaikum Wbt...


Semalam Adalah Secangkir Waktu Cuma
Segenggam Kenangan Paling Indah
Buat Insan Insan Terpilih Seluruh Dunia
Buat jiwa Jiwa Besar Pendukung Amanah

Semalam Adalah Secangkir Waktu Juga
Secebis Kenangan Paling gundah
Buat insan Insan Yang Sengsara
Buat Jiwa Jiwa Yang Berdegup Lemah

Wahai Insan Sedarlah Kemu Semua
Bahawa Senangmu Ada Bahagian Untuk Ummah
Bukan Semuanya Halal untuk Kau Mempunya
Zakat Yang Wajib Dilunaskah Sudah?

Wahai Ummah Penjunjung Amanah Bangsa
Di Bahumu Ada Bebanan Sebagai Khalifah
Jangan Sesekali Lupa Dengan Tugas Yang Ada
Di Akhirat Nanti Seksanya teramat Parah 

Wahai Si Pemimpin Yang Puasnya Tak Pernah Ada
Tangungjawabmu Tertunaikah Sudah?
Jangan Terlalu Leka Dengan Kemewahan Dan Harta
Kerana Hartamu Itu Pertangungjawaban Yang Amat Payah  

Wahai insan Insan Yang Leka Dengan Bahagia Sementara
Ingatlah,kesenanganmu Itu Terselit Amanah
Carilah Jiran Kariahmu Yang Mungkin sengsara
Kerana Tak Semua Manusia Di Kurniakan Mudah

Wahai Jiwa Jiwa terpilih Dengan Segala Ujiannya
Bangun Dan Sedarlah Sujud Di Sejadah
Kerana Meratap Bukan Boleh Marubah Apa Apa
berdoa Dan Berusahalah mengubah Sejarah

Wahai Umat Muhammad Rasul Terakhir Dunia
Susah Dan Senang Akan Ada Tercatit Amanah
Senang Biarlah Beringat Dengan Tetangga,
Susah Biarlah Ada Usaha Berubah 

Wahai Bangsaku Selalulah Beringat Dengan Harta
Kerana Kita Ini Semua Khalifah
Penjunjung Amanah Besar Tak Terhingga
Jangan Sampai Hartamu Jadi Pemusnah Dan Musibah


Assalamualaikum...  :-)


sejarah bangsaku yang lenyap


Assalamualaikum Wbt...


Bangsaku..melayu Nan Gagah Diulit Sejarah
Bangsaku Kemilau Bersama Catatan penglipurlara
Bangsaku Melayu Ada Pahlawan Bernama Hang Tuah
Bangsaku berbangga Bersultankan Raja Melaka

Bangsaku terbilang Gagah Menurut Sejarah 
Tapi Sayang Dimana Tandanya?dimana Kuburnya?
Di Manakah Pelabuhan Melaka Yang Terbilang Dan Gah?
Di Manakah kuburan Pahlawan Yang Lima? 

Adakah Ia Hanya Mitos Pembakar Semangat gagah?
Atau Sekadar Propaganda Penjajah Penyedap Rasa Untuk Kita?
Kita Punya Hak Untuk Mengetahui Kebenaran Kisah
Bukan Hanya Mengikut Telunjuk Buku Tah Siapa Yang Punya 

Tak Mungkin Sejarah Bangsaku Tidak Difikir Oleh Pemerintah
Meneruskan Legasi Pemerintahan Gilang Gemilang Melaka
Hingga Membiarkan Sultan Mahmud Pengakhiran Kisah
Sedang waris Diraja Tidak Mungkin Tiada..

Alangkah Rugi Bangsaku..sejarah Melaka Akhirnya Musnah
Sedang Gemilangnya Terdengar Di Pelusuk Dunia
Sedang Pedagang Tak Berhenti Henti Datang Merompak Mewah
Atau Mungkin Pemimpin Pemimpin Dahulu Terlalu Buta Dan Leka

Kini...bangsaku Mengorak Langkah Jauh Melangkaui Sejarah
Berbekalkan Azimat "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Namun Sayang Bangsaku Tampak Kuat Dan Gagah
Namun Kosong Pegangan Iman Dan Takwa Di Dada 

Bangunlah bangsaku Melayu Yang Diseru Hang Tuah
Jangan Membuat Tuah Malu Dengan Kata Katanya
Sedang Melayu Kini Asyik Dengan Bertelagah
Hingga Lupa Kepada Santun melayu Dan Ugama

Sedarlah Bangsaku,bangun,bacalah Sejarah
Melaka Runtuh Kerana fitnah Dan Dendam Sesama
Melaka Runtuh Kerana Alpanya Pemerintah
Untuk Mengamalkan Islam Sesungguh Sungguhnya

Wahai Bangsaku Melayu,kesultanan Melaka Runtuhlah sudah
Tapi Lihatlah Semua..lihatlah Apa Yang Ada Di Melaka?
Mengapa Diagungkan Tinggalan Penjajah?
Sedang Sejarah Melayu Seakan Tiada Wujudnya Ia.

Apa Sebenarnya Ini Semua?monumen Penjajah Bersepah Sepah
Sedangkan Sejarah Kita Lenyap Begitu Saja
Senyap Dan Sepi Di Bumi Sendiri Yang Kononnya Gah
Terfikirkah Kalian Dengan Ini Semua? 

Wahai Bangsaku..bangunlah..cerdik Pandai..celiklah
Jangan Menuruti Tulisan Penjajah Bangsa Kita
Kaji Dan Bongkarlah Kebenaran Sejarah
Agar Bangsa Kita Tidak tertipu Selamanya

Tamadun Cina mashur Merata Ceruk Dan Lembah
Tamadun Buddha Bersama Segala Buktinya
Tamadun Islam Tersebar di Seluruh Alam Yang Indah
Tamadun Melayu Bilakah Akan Wujud Wahai Semua? 

Pemimpin Pemimpinku Sedarlah Dari Mimpi Yang Indah
Mengorak Langkah Gagah Untuk Bangsa
Jangan Sampai Melayu Merdeka Hanya Pada sejarah
Sedang Kami Masih bergantung Kukuh Dengan Si Cina

Lupakan Sengketa Wahai Umarak Yang Gagah
Bangunlah Bersama Ulamak Pewaris Nabi Kita
Buangkan dendam Kesumat Paling Jauh
Bangun Bersama Demi Bangsa Dan Sejarah Melaka 


Assalamualaikum Wbt...  :-)

Friday 26 April 2013

Duhai Ayah..




Assalamuaikum Wbt...


Duhai Ayah,raut Wajahmu Melukiskan Seribu Cerita
Sedari Usia Kecilku,hingga aku meningkat dewasa
Namun Usia Tuamu Bukan Penamat Segala
Kerana usahamu belum lagi terhenti ku kira

Waktu Kecilku Masih Aku Terbayang Semua
Waktu pulangmu pasti Ku Tunggu Sentiasa
Biar Tiada Kemampuanmu Membeli Apa Apa
Cukuplah sekadar senyumanmu sekadar yang ada

Namun Percayalah..aku Tahu Kemampuanmu Di Mana
Ku Tahu Kau Punya Keinginan Yang Sama
Untuk Membawa Pulang Sesuatu Untuk Kami Semua
Namun Kemampuanmu Membataskan Segalanya

Wahai Ayah..waktu tidurmu mataku menyapa
Wajah Bugarmu Dulu Semakin Hilang ditelan Masa
Hanya garis garis tua menghiasi muka merata 
Air mataku mengalir seiring kesedihan di jiwa 

Diusia tuamu itu,kuderatmu masih kau guna
Sedang anak anakmu sudahpun dewasa
Semata mata tidak mahu anak anakmu merasa
Sukar hidup mudamu membesarkan kami semua 

Wahai Ayah yang aku puja puja
Jasamu akan ku kenang sampai bila bila
Kerana keringatmu yang menitis membesarkan Kami Semua
Bukan sesuatu yang biasa biasa untuk kami persia

Wahai Ayah..berehatlah seketika
Biar lelahmu beransur reda
Kerana usiamu sudahpun tua 
Berehatlah Ayah...semahunya..

Wahai Ayah,cukuplah dengan apa Yang ada
Cukup cukuplah risaukan kami semua
Masa sukarmu sudah sampai ke penghujungnya
Kerana kami semua sudah cukup dewasa

Ya Rabb Pemunya alam semesta
Ampunilah dosa dosa Ayah yang ada
Kurniakanlah dia ketenangan dijiwa
Kerana ayah berhak merasa itu semua 



Assalamualaikum Wbt...  :-)






Thursday 25 April 2013

AKU...



Assalamualaikum Wbt...


Mengeluh Tidakkan Sesekali Aku Lakukan
Walau Diriku Tidak Sehebat Teman Teman Seusia
Yang Hidupnya Mula Melangkah Ke Zon Kebahagiaan
Sedang Aku Masih Tercari Cari bahagia

Kau Bekerja Hari Isnin,tentu Tentunya Balikmu Isnin
Sedang Aku Ini Masuk Kerja pada Isnin,namun Baliknya Kerap Selasa
Waktu Cutimu Tetap Di Hujung Minggu Wahai Teman,
Sedang cutiku Kerap Tiada

 Waktu Liburmu Bersama Keluarga Dan Kenalan
Waktu Liburku bersama Kenangan Dan Nestapa
Waktu Santaimu pasti Menenangkan
Waktu Santaiku pula Berteman Tiada

Gajimu Banyak Wahai Teman Sesuai Dengan Kelulusan
Gajiku Sedikit,alhamdulillah Syukur Apa Yang Dikurnia.
Asal Aku Bersyukur Dengan Semua Pemberian
Semoga Akan Ada Nanti Untukku Bahagia

Ya Allah Aku Pohon Keampunan Wahai Tuhan
Atas Keluhkesahku Sebagai Hamba
Sesungguhnya kau Lebih Tahu Apa Yang Ku Perlukan
Cuma Aku ini Hambamu Yang Sering Terleka Adanya 


Assalamualaikum Wbt...  :-)

Tuesday 23 April 2013



Assalamualaikum wbt...

Hidup kita seharian,saban hari,saban minggu,saban tahun,terlalu nyaman rasanya. Tiada perang,tiada kekacauan,tiada penindasan. Sekurang kurangnya itulah yang kita rasa sebagai rakyat kecil di bumi bertuah ini. Kemudia kita terpandang anak anak sedang membesar,bersekolah,terima biasiswa,terima bantuan, sekali lagi kita rasa bahagia..rasa senang dan gembira hidup di bumi bertuah ini.. Haruskah begitu?

Sebenarnya...bila kita dilitupi dengan kemewahan dan kesenangan,kita tak akan mampu nampak di mana keburukannya kesenangan dan kemewahan itu. Umpamanya harta yang banyak,yang kita punya,pemberian Allah..nak beli apa pun mudah..semuanya "bisa diatur..yang penting ongkosnya ada...". Itulah kita..siapa pun kita,siapa pun anda...begitulah hakikatnya. Bila kita senang,kita lupa kesusahan.kita lupa segalanya termasuk Allah. Bila pemimpin kita tabur kesenangan dan kemewahan pada kita,lantas kita laju sahaja menggelarkan dia dengan gelaran gelaran hebat. BAPA PEMBANGUNAN...BAPA KEMERDEKAAN...BAPA EKONOMI... Tapi...kita lupa... dia bapa kepada siapa? Bagaimana anak anak dia? Bagaimana penghidupan dia? Adakah apa yang dia taburkan kepada kita,sepadan dengan apa yang dia kaut untuk keluarga dia?

Selalunya....kita tak mahu bersusah payah memikirkan semua itu. Tak apa lah...bersyukurlah...apa lagi yang kita mahu...semua ada dalam negara ini... jangan lah kita berani berani menangung risiko,memperjudikan nasib anak bangsa kita pada golongan yang tak ada apa apa rekod hebat memerintah negara.. Lalu ada pula orang orang lama,pakcik pakcik dan datuk datuk kita "mengingatkan" kita..." ingatlah..kita melayu dah tak ada apa apa lagi selain kuasa politik..apa akan jadi kalau yang satu itupun kita hilang? Dan kita pun tersentap..ITU JE KE YANG TINGGAL? Yang lain mana? Kenapa kita yang diperintah oleh orang kita sendiri selama berpuluh tahun,tapi kita hilang segala galanya dan hanya tinggal kuasa politik? Teruknya!!

Hakikatnya begitulah...bila pemerintahan tak mengikut hukum Islam...harta negara jadi harta sendiri. Apa difikirkan pada yang berhak..janji kantong dan poket penuh berisi.. begitulah kita... Kita umpama anak anak kecil yang leka dengan kesedapan "jajan jajan" buatan kafir bagi mengkayakan suku sakat mereka.. kita leka dengan kesedapan TWISTIESS...CHICKEDESS..ROTA..CHEEZELSS dan entah apa apa lagi. Kita tau semua itu buruk untuk kita...untuk kesihatan kita.. tapi kerana sedap yang sedikit itu,kita lupa untuk menjaga kesihatan sendiri.kesihatan yang kita perlukan untuk menjaga negara kita..

Begitulah kita... leka dengan kesedapan jajan jajan pemberian pemimpin kita,hingga kita tak hiraukan nasib anak cucu kita yang semakin tenat menanggung tugas menampal kebocoran kantung negara kita yang semakin parah. Sedarkah kita? Sedar sebenarnya..tapi kita terlalu pengecut untuk membuat perubahan...pengecut untuk menegakkan hukum islam? Astaghfirullahalazim... bangsaku...ugamaku... Bangkitlah...sedarlah...betapa menegakkan hukum Allah itu satu KEWAJIBAN. Di akhirat nanti kita akan ditanya sebenar benarnya...kenapa kita membiarkan hukum kafir menjadi teras pemerintahan negara islam MERDEKA ini.. fikirlah..sebelum negara kita jadi TURKI yang hanya mampu bermegah dengan sejarah keagungan pemerintahan islamnya,sedangkan mereka adalah manusia manusia pendukung dan penyokong  hukum sekular perosak dunia.

Sekian..


Assalamualaikum...   :-)

Sunday 21 April 2013

zaujahku


Assalamualaiku...

Zaujah solehah ku..
Dulu,teguh peganganmu meresahkanku
Tatkala aku merayu,engkau membisu
Membayangkan kecewa sudahlah tentu

Saat ku menjauh kau mula memburu
Segenap sudut dunia kau tanyai aku
Sedang aku makin pasrah pada Tuhanku
Usai medan itu tak lagi ku tuju

Wahai jiwa yang resah mencariku
Aku katakan padamu,aku khabarkan padamu
Bahawa aku merindui zaujah yang satu itu
Biarpun aku terpaksa menjauhimu

Zaujah solehahku..
Saat kekuatan Allah pinjamkan padaku
Utk menziarah medan itu
Hatiku jadi sayu,terkedu
Melihat titipan pesananmu untuk ku

Saat itu zaujahku..
Perlahan lahan ku buang kesangsianku
Ku sematkan semangat baru
Menanamkan tekad baru
Engkau akan jadi milik ku

Zat Allah tak siapa tahu
Apabila masa berlalu menitipkan sama hatiku
Untuk kau rasa dalam hatimu
Jiwa dan ragamu mengebu
Angan dan doamu dipersetujui Tuhan mu
Hatimu mula terbuka untuk ku

Semenjak peristiwa itu zaujahku
Ombak rindu kasih membadai jiwaku saban waktu
Lewat malam tidurku bertemankan kamu
Esok subuhku kau hadiahkan suaramu
Hari nan indah kita sulam di kalbu
Abadi bersama redha ilahi Allaah yang satu
Hari bahagia rencana kita semoga berlaku

Assalamualaikum zaujahku...  :-)

pesan memesan


Assalamualaikum wbt..


☑Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil ?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

☑Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku
lain?

☑kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?

☑Kenapa masjid semakin kecil ?
Tapi bar dan club? semakin besar?

☑Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS?
Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?
Pikirkan itu



☑Apakah anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan dengan yang
lain ?
Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."


"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),
dia akan tetap memperoleh pahala.
SUBHANALLAH..!


Assalamualaikum..:-)

Saturday 20 April 2013

Nikmat



Assalamualaikum wbt..

 Kita sering terleka hingga membuatkan kita lupa akan nikmat yang Allah bagi setiap masa dan ketika.dengan kesibukan yang manusia itu sendiri cipta,mereka akhirnya lemas dengan tangungjawab yang mereka ciptakan untuk diri mereka sendiri. Memang benarlah firman Allah yang mengatakan bahawasanya tangan tangan manusialah yang memusnahkan bumi itu sendiri. Manakan tidak..makin modern dunia,makin banyak prasarana dan peralatan baru akan muncul,yang memerlukan manusia mengambil lebih masa untuk mempelajari dan memahami sistem yang terkini. Bila kesibukan makin menghimpit,kita tak akan mempunyai banyak masa untuk merenung dan mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita.

Akan tetapi,persoalannya.. banyakkah nikmat yang Allah turunkan pada kita umat manusia? Bila diajukan soalan ini,rata rata mereka akan mengatakan sangat sangat banyak. Tak ada siapa yang berani menyangkal fakta itu. Sesungguhnya kebenaran itu sangat terbukti. Contoh terbaik ialah nikmat kesihatan.nikmat melihat,nikmat merasa,nikmat makan dan seumpamanya. Itu tidak termasuk lagi nikmat batiniah.

Namun begitu,cuba kita fikirkan nikmat Allah yang maha kaya tak mungkin setakat apa yang kita rasa sekarang. Sedangkan kalau kita mengikuti kisah tentang syurga,nikmatnya terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan nikmat dunia. Adakah ini benar..? Jawapannya YA. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setakat mana hambanya mampu menerima nikmat atau kesakitan. Dan kerana lemahnya manusia ini,maka sebenarnya Allah hanya memberi setitik sahaja kenikmatan kepada kita di dunia ini berbanding kenikmatan di akhirat. Begitu juga kesakitan dunia berbanding kesihatan di akhirat.

Kita ambil contoh nikmat yang mudah untuk kita faham...setiap perkara yang menimbulkan rasa SEDAP itu adalah nikmat..contoh...

NIKMAT BERSIN: berapa kalikah secara normalnya kita akan bersin? Puratanya dalam 2 atau 3 kali. Bila bersin,kita akan rasa lega dan nikmat bukan? Cuba kita bayangkan jika Allah beri kita nikmat bersin 20 kali? Apa macam? :-) agak agak apa jadi pada kita bila setiap kali bersin,kita akan bersin 20 kali? Nescaya akan sakitlah perut,pinggang dan tengkuk kita. Itu tidak termasuk lagi yang terpaksa mengutip gigi palsu di khalayak ramai angkara bersin tanpa henti..  :-)

KENCING: biasanya setelah kita membuang air kecil,kita akan secara automatik "sedikit menggigil" dipengakhirannya bukan? Ia berlaku sekitar 2 ke 3 saat sahaja. Nikmat bukan? Cuba bayangkan pula kalau Allah beri rasa mengigil itu selama seminit selepas buang air kecil.anda boleh bayangkan apa akan terjadi? Silap silap haribulan orang akan ingat kita mengidap sakit parkinson tahap kronik.  :-)

KENTUT: mahu tak mahu ia juga satu nikmat. Sebab kalau kita tak dapat mengeluarkan angin dari badan,kita akan rasa sebu dan tak selesa. Kita boleh rasa bagaimana jika kita terpaksa menahan kentut bukan?begitulah siksanya. Jadi kentut itu juga nikmat. Dan kebiasaannya kita kentut sekali sahaja. Bayangkan jika kita kentut tanpa henti selama seminit.apa akan jadi? Rasanya semua manusia akan keluar rumah dengan bertopeng kerana malu. Ataupun syarikat syarikat bas atau komuter tidak akan lagi mahu memasang aircond. Kerana pasti ramai yang menyumpah seranah bila gas gas ini dikeluarkan tanpa henti di dalam bas atau komuter..  :-)

Cukuplah dengan 3 contoh tadi untuk tatapan kita. Pendek kata,jangan selalu mengeluh dengan apa yang Allah beri pada kita. Kerana Allaha maha mengetahui apa yang kita perlukan. Rumusannya ialah,nikmat Allah memang terlalu banyak. Namun Allah beri terlalu sedikit untuk kita nikmati,sesuai dengan kemampuan manusia yang sedikit,untuk menerima nikmat nikmat itu. Selalulah berfikir di luar dari kotak fikiran kita,agar kita akan lebih mengetahui dan mengakui bahawa ALLAH maha mengetahui dan lebih menyayangi kita berbanding manusia..  :-)



Assalamualaikum wbt....   :-)






Zaujah solehah


Assalamualaikum...

Zat Allah mempertemukan kita dalam keinginan dan pegangan
Allah jua yang mendorong keberanianku bersulamkan harapan
Utuh pendirianmu moga tidak sampai menidakkan perasaan
Jantung dan nadimu iramanya ku tahu tak lagi sehaluan
Adakah kau masih lagi mahu menidakkan,kata hati genggaman Tuhan
Halus suaramu sayup kedengaran,mengatakan iya pada pertanyaan 

Senyum tawamu makin mendekati saban hari
Ole ole darimu setia menemani acap kali
Lembut meniup ke dalam sanubari
Engkaulah tunjang kebahagiaanku kini
Hal yang sama pernah ku mimpi
Asal ketegasan hatimu sebelum ku curi
Hari hari yang bahagia menemaniku kini..

Namamu terukir kini,indah tak terperi
Umpama jambangan mawar mekar segar mewangi
Ranum merahmu terpalit di seluruh hati ini
Untung dan sakit silih berganti menemani
Lambat laun kau kan jadi milikku abadi 

Fana'nya dunia  Allah yang tentukan wahai insan
Akan sampai masanya kembali kepada Tuhan
Raja jua mungkin hilang takhta pemerintahan
Hak akan sentiasa hak,takkan mungkin berlainan  tuan
Aku jua ingin memastikan,sebelum kembalimu kepada Tuhan
Nama dan hidupmu bahagia sepanjang zaman
Akan ku temanimu sepanjang usia penghidupan.

Rasul junjungan pernah berpesan kepada umat umat sekelian
Indahnya penghidupan jika dihiasi takwa dan iman
Doa sentiasa dipohonkan tanda kesyukuran
Untung diriku mempunyaimu sebagai teman pilihan
Walau jauh tidak akan sesekali aku pedulikan
Akan ku hadapi segala apa jua rintangan yang Allah berikan
Niat menyuntingmu pasti aku lakukan sampai ke garis penghabisan.


Assalamualaikum..
Zaujah ku...  :-)


sayidatina Aisyah r.h.a



Assalamualaikum wbt..

Teman teman..siapa diantara kamu yang boleh menunjukkan kepadaku
Seorang isteri yang sepanjang hayatnya tidak pernah sekalipun memperkatakan sesuatu yang buruk tentang suaminya kepada orang lain? Atau mungkin isteri tang hanya sekali je terlanjur bercerita tentang keburukan suaminya pada org lain?
Atau mungkin setahun sekali je dia burukkan suami dia sebab tak dapat belikan baju raya idaman kalbu dia? Atau paling mudah,seminggu sekali je dia beritahu keburukan suami dia.mungkin sebab marahkan sesuatu..mana tau...membebel..atau cerita dengan anak anak...?
Rasanya ..semua orang,sedar ataupun tidak pernah berkongsi keburukan suami dengan orang lain. Sedar atau tidak,sedikit ataupun banyak..

Kita manusia biasa..semua orang melakukan kesilapan sepanjang usianya..
Siapa pun tidak dapt menyangkal kenyataan itu..manusia yang lemah,yang sering tertewas dengan hasutan dunia,tewas dengan godaan nafsu sendiri..
Tapi.... ada seorang isteri,yang sesungguhnya tidak pernah sekalipun bercerita tentang keburukan suaminya sepanjang hayatnya.. beliau tidak pernah membuka mulut untuk bercerita tentang suaminya kalau bukan hanya cerita yang baik baik sahaja... Beliau adalah..

                                    SAYIDATINA AISYAH RADIALLAHUANHU

SEORANG YANG CERDAS MINDA,MANTAP PERIBADI,CINTA HATI RASULULLAH SAW


Anas bin Malik r.a berkta: "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,'kelebihan aisyah daripada wanita Wanita lain,seperti kelebihan Tarid (iaitu sejenis makanan Arab) daripada makanan makanan lain."

Ibnu Qayyim al jauziyyah rhm mengatakan dalam I'lam al-Muwaqqi'in, "Aisyah r.h.a merupakan pintu gerbang ilmu faraid,hukum dan masaalah halal haram."

Az-Zuhri bdrkata  "jikalau ilmu Aisyah r.h.a dibandingkan dengan ilmu seluruh isteri Nabi SAW berserta ilmu seluruh wanita,nescaya ilmu Aisyah r.h.a akan lebih unggul".

Al-Mughirah bin Ziyad daripada 'Atha', dia berkata,"Aisyah adalah manusia yang paling memahami fiqah dan paling baik pendapatnya dalam masaalah masaalah umum".

 Assalamualaikum wbt...  :-)
               

puisi untuk zaujahku..



Assalamualaikum wbt...

Seketika terdetik dalam hati,rasa suka seakan mengagahi
Tapi ada sekelumit rasa mengingati,salah menyukai kesedihan insani
Lalu aku cuba menyepi,walau diri ada rasa aman sesekali
Walau seringkali kau cuba berkongsi keresahan sendiri

Dalam kehidupan ini,ada ketawa,dan ada yang ditangisi
Ada kasih untuk ilahi,ada juga untuk insani.
Pandai pandai lah membawa diri bila ingin mengasihi
Sedang iblis   tidak pernah cuti kerna janji sudah di meteri 

Wahai teman,berkawan ini bukan dosa yang mesti
Terpulang pada diri bagaimana mahu menemani
Jangan sampai kita menyakiti,atau mengawal sesuka hati 

Andai kata SAHABAT yang dipersetujui,jangan sesekali dinodai
Kerana sahabat hanya ada rasa menyayangi,bukan mencintai
Jujurlah wahai diri,jangan sekali mendustai
Kerana SAHABAT tak perlu  jadi isteri atau suami

Buat KAMU yang ku kasihi,sungguh KAMU aku cintai
Menghalang tidak pernah sekali walau ia amat dikehendaki
Kerana aku perlu sedar diri bahawa aku ini bukan zauj mu lagi

Andai satu masa nanti,kau telah aku nikahi
Lalu kata kata ini mmenjadi wajib untuk kau turuti
Ku harap tiada lagi kasih sayang yang berbaki
Kecuali untuk aku yang bergelar suami...

**( untuk zaujah ku..dariku...zauj...)


Assalamualaikum...   :-)




Assalamualaikum wbt....

Sesekali terfikir dalam hati ni mengapa pemimpin kita seakan tidak peka dengan tuntutan ugama.setelah begini rumit keadaan masyarakat kita terutamanya remaja kita yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara masa depan. Tak perlu lagi diterangkan masaalah masaalah remaja kita masa ini. Bukan saja remaja,yang tak berapa remaja pun banyak terpalit dengan masaalah masaalah remaja. Yang sudah berumur pula terbabit dengan rasuah dan seumpamanya..Bila duit rasuah itulah yang digunakan untuk menyara keluarga,beri makan untuk anak anak,nescaya rosak la jiwa anak anak mereka.bagaimana anak anak ini akan menjadi  umat yang baik kalau punca makanan mereka dari sumber yang haram? Bukankah islam menegaskan supaya kita mencari rezeki dari sumber yang halal? Adakah mereka lupa dengan semua itu? 

Sekadar memberikan sedikit angka buat renungan bersama.. Menurut akhbar SIASAH keluaran march 2013,seramai 300,000 anak luar nikah telah didaftarkan di PEJABAT PENDAFTARAN NEGARA sejak tahun 2007 hingga 2011. Bermakna puratanya 17 orang anak luar nikah dilahirkan dalam sehari. Cuba bayangkan apa akan jadi 10 tahun akan datang? Tak mustahil angka 17 itu akan bertambah menjadi 27 sekiranya masaalah asasnya tidak dibendung dari sekarang? Sedangkan iblis tidak pernah berhenti dari menghasut umat manusia. Dan teknologi yang berkembang pesat membawa bersama cabaran2 baru buat umat manusia,dan maksiat maksiat cara baru juga.

Barang diingat..angka tersebut adalah angka yang berdaftar sahaja. Yang tidak berdaftar? Yang didaftarkan di dalam sungai? Yang didaftarkan di dalam tanah? Ditangga tangga surau? Tangga tangga rumah dan sebagainya? Sebenarnya angka itu sangat sangat tinggi. Tengok pula bilangan pelacur yang ada dalam negara. Dilaporkan bahawa lebih 150,000 pelacur berkeliaran dalam negara kita. Kalau pelacur sebanyak itu,berapa ramai pelanggannya? Tak mungkin satu pelacur satu pelanggan. Tak hidup mereka kalau mengharapkan seorang sahaja yang melanggan mereka sepanjang usia. Anggap saja angka paling sikit,seorang pelacur ada 10 orang pelanggan,150,000 x 10 = 1,500,000. Orang yang melanggan pelacur adalah orang yang rosak akhlaknya. Lihatlah berapa ramai masyarakat kita yang rosak agamanya.. Dan sayangnya pemimpin kita masih tidak sedar hakikat itu,atau mungkin pandang sebelah mata.

Jalan terbaik untuk mengatasi perkara ini ialah kembali pada islam... kita tidak ada jalan lain selain kembali pada islam. Laksanakan hukum islam sepenuhnya.kuatkuasa undang undang islam. Hanya itu satu satunya jalan keluar yang kita ada.. tapi apakan daya..jika itu pun mereka tolak. Bukan saja tolak,mereka persendakan hukum Allah. Tidak takutkah mereka? Tidak tahu kah mereka bahawa barang siapa mempersendakan hukum Allah,mereka jatuh kafir? Tak yakin dengan hukum Allah mereka jadi kafir,terbatal iman mereka.itu baru persenda..baru tak yakin.. yang menolak terus? Ini bukan ayat politik..ini ayat yang Allah turunkan pada kita..
Janji Allah.. kita sebagai rakyat,apa yang mampu kita buat hanyalah doa dan undi. Dan ketahuilah bahawa dalam diri setiapa muslim WAJIB untuk mempunyai niat agar satu masa,hukum Allah akan dilaksanakan di dalam negara kita Malaysia,negara tanah tumpahnya darahku. Negara berdaulat,BUMI MELAYU...


Assalamualaikum wbt..  :-)

Friday 19 April 2013

Nawaitu

Assalamualaikum wbth..

Terik jumaat ini menimbulkan resah gelisah sang hati
Adakah hati ini mampu mengosongkan ruang barang seinci
Buat duduknya si penyejuk diri yang semakin jauh Untuk  dihayati
Belas dan ikhsan sifat terpuji dengan niat yang jangan sampai lari

Seketika berjalan menyusuri lorong lorong kecil sendiri
Ternampak mata ini sebatang ranting kayu barang sekaki
Mencipta aral melintangi si pejalan kaki juga pedati

Lantas terdetik hati ini untuk menguis ranting ke tepi
Namun tersentap diri ini bila memikiri niat di hati,
Kerana apa tingkah laku ini perlu aku lakoni?
Adakah kerana simpati pada si pejalan kaki
Ataukah kerana ini semua di lakukan demi Allah hurabbi?

Wahai hati yang selalu mati dalam setiap diri insani
Niat dan geri haruslah sering selari dan mengingati
Bahawa setiap gerak geri mesti bersama nawaitu yang satu ini
Kerana Allah hurabbi pemunya dunia fana' dan segala isi

Andai niatmu tergelincir barang seinci
Walau hatimu ikhlas mengasihani insani,
Maka bersiaplah kamu dengan seksa menanti
Kerana kau telah menyekutui Allah  yang maha mengasihi


Assalamualaikum wbth...  :-)

islam is addin...


Assalamualaikum wbth...

Aku tidak ingin berbicara panjang dalam ceritaku yang satu ini..cuma...
Andai kamu tidak menangis setelah melihat penghujung video ini,maka hati kamu sebenarnya telah benar benar rosak.
Saksikanlah...


 

Thursday 18 April 2013

Belum bermula,sudah tamat



Assalamualaikum wbt...


Adapun satu ketika pfesiden Iran telah memanggil semua ulamak sunnah dan syiah untuk mengetahui apa perbezaan pendapat mereka. Lalu semua ulamak suhnnah dan syiah hadir mengikut masa yang ditetapkan. Akan tetapi seorang ulamak sunnah lewat untuk menghadiri perbincangan tersebut. Beliau adalah sheikh Ahmad Deedat.

Beliau hadir dalam keadaan yang pelik iaitu mengepit kasutnya di ketiak beliau. Semua yang hadir Kehairanan dengan tingkahlakunya. Lalu seorang daripada ulamak syiah bertanya.."mengapa kamu berbuat sedemikian rupa?". Lalu Ahmad deedat menjawab, "aku dapat tahu bahawa di zaman Rasulullah,ulamak syiah suka mencuri kasut." Lalu ulamak syiah itu menafikan dengan menjawab " mana ada begitu..sedangkan pada zaman Rasulullah fahaman syiah belum ada". Lalu Ahmad Deedat berkata, "kalau begitu,perbincangan kita sudah tamat. Persoalannya dari mana datangnya ugama dan fahaman kamu ini?

Hakikatnya teman teman..syiah ditubuhkan selepas kewafatan Rasulullah.jadi ia merupakan fahaman yang salah.andai ia benar,maka sudah pastinya sejak zaman Rasulullah lagi syiah telah ada dan menjadi anutan.. begitulah kisah kebijaksanaan ulamak tersohor sheikh Ahmed Deedat...  :-)


Assalamualaikum... 


Assalamualaikum wbt..

hari ini aku mulai penghidupanku dengan solat tahajud seperti biasa..disusuli dengan solat solat yang lain sementara menunggu subuh menampakkan barokahnya...seawal waktu tujuh pagi aku mula mencari cari bahan yang aku teringat ingat sejak malam tadi.. Debat islam dan kristian..aku terpanggil untuk menceritakan perihal ini sebab rasa bimbang teramat sangat denga kes kes murtad di kalangan org islam di bumi melayu ini..

Menurut menteri di jabatan perdana menteri,DS Jamil Khir,dari tahun 2000 hingga 2010 sahaja seramai 863 kes permohonan murtad telah diterima oleh Mahkamah syariah. Dan dari jumlah tersebut,seramai 168 permohonan telah diluluskan. Bagaimanapun,perangkaanyang dibekalkan kepada Dewan Rakyat tidak selaras dengan jumlah yag dikira.

Mengikut kiraan malaysiakini,jumah permohonan untuk murtad adalah sebanyak 686 kes,dan yang diluluskan adalah sebanyak 135 orang. Mengikut data,jumlah yang tertinggi diluluskan adalah di Sabah seramai 67 orang,dan diikuti oleh negeri sembilan seramai 33 orang. Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar pernah dicata adalah di Sabah-238, Negeri Sembilan-172,Selangor-99 dan Perak-47. TIADA PERMOHONAN MURTAD BERLAKU DI KELANTAN.

Saya tertanya tanya mengapa perkara ini berlaku?barang diingat bahawa angka yang dicatatkan adalah permohonan dan kelulusan.bagaimana yang murtad senyap senyap tanpa menghantar permohonan? Yang anehnya..jika kita kaji bible,sebenanya terlalu banyak kelemahan yang ada dalam bible itu sendiri.tapi bagaimana orang melayu islam ini begitu mudah terpengaruh?? Apakah kerana unsur sihir holly water?atau kerana Cinta?atau paksaan? marilah kita saksikan sendiri kelemahan kelemahan bible yang dihuraikan oleh tokoh ulamak terkenal, Ahmad deedat.


 http://youtu.be/F_ReSnvxuh4

Wednesday 17 April 2013

Doa



Assalamualaikum..

Petang yang damai ini aku ingin berkongsi satu cerita yang diceritakan oelh seorang kwn kepadaku..

Ada seorang manusia,telah mengalami kemalangan semasa dlm perjalanan ke tempat kerja yang menyebabkan dia koma.. Rakan ku antara yang paling awal melawat kawannya itu di hospital setelah diberitahu oleh isteri mangsa. Mangsa mempunyai seorang isteri yang cantik dan 2 org anak perempuan yang comel. Beruntung dia kerana mempunyai seorang isteri yang setia dan baik..

Diceritakan oleh mangsa,semasa dia koma,dia telah diberitahu oleh seorang malaikat bahawa dia hanya mempunyai satu hari lagi sebelum nyawanya diambil. Lalu dia bertanya tidak adakah cara lain untuk menangguhkan kematiannya?lalu malaikat itu menjawab "ada". Lalu dia bertanya bagaimana? Malaikat pun menjawab kematiannya akan ditangguhkan jika ada 50 orang yang mendoakan dia dengan ikhlas.lalu dia bertanya lagi,berapa banyakkkah doa yang telah Allah angkatsetakat ini? Malaikat menjawab tiga sahaja. Lalu dia ditunjukkan siapa tiga orang itu,iaitu,doa isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil.

Lalu dia bertanya lagi..tidak ada siapa lagikah yang mendoakannya? Malaikat menjawab ada..kedua ibu bapanya. Ibu bapa mertuanya,adik beradiknya,ipar duainya dan kariah surau di kariahnya. Tapi semua doa mereka Allah tidak terima kerana tidak ikhlas. Masa makin berlalu sehingga masa tinggal lagi 30 minit.dia menjadi buntu dan tak keruan.dia merasakan tidak akan dapat memperolehi baki 47 doa yang ikhlas untuk mendoakannya sembuh dari koma.dia menangisi dirinya..sedih melihat isterinya begitu setia menemani ya di dalam wad,sedangkan dia selalu leka untuk menghargai isterinya itu..

Masa menunjukn tinggal lagi 3 minit.malaikat makin menghampirinya..dan tiba tiba malaikat berkata Allah telah memperkenankan 50 doa untuk dirinya. Lalu dia bertanya siapa yang begitu ramai mendoakan dia dalam satu masa itu? Lalu malaikat menjawab,pelajar sekolah pondok yang datang beramai2 untuk mendoakannya. Rupanya pelajar sekolah tersebut ada terbaca berita ke alangannya lalu pergi melawatnya.kebetulan sebelum kemalangan tersebut dia ada memberi sedikit bantuan kewangan untuk sekolah tersebut. Itu pun atas desakan isterinya,baru dia mahu bersedekah.

Barulah dia sedar selama ini dia tidak pernah mengotakan janjinya untuk balik kampung menjenguk kedua orang tuanya,itu menyebabkan mereka tidak ikhlas mendoakannya sebab berkecil hati.begitu juga dengan adik beradiknya kerana selama ini dia bimbang bila berbaik baik dengan adik beradik,mereka akan selalu meminjam wang.lalu kerana kecil hati,mereka tidak ikhlas mendoakannya. Pekerja2 di ofis pun berkecil hati dengannya kerana tidak pernah menjaga kebajikan mereka. Setelah sedr dari koma,dia terus menangis dan memeluk isterinya dan meminta maaf atas kesalahannya...dia berasa amat menyesal kerana mengabaikan isteri yg taat padanya sepanjang masa,kerana mengejarkan kesibukan bekerja..

Moralnya di sini ialah,berbuat baiklah sesama manusia kerana satu hari kita akan memerlukan orang2 sekeliling kita untuk mendoakan kita. Bersedekahlah walau hanya rm2 asalkan ikhlas.siapa tahu,sedekah yang kecil itu boleh membantunya  di akhirat kelak... adakah kita mempunyai 50 orang  rakan rakan yang ikhlas dengan kita sekarang ini? Jika jawapannya tidak,ada sesuatu yang perlu anda lakukan sebelum terlambat...
Sekian..


Assalamualaikum..  :-)


Assalamualaium...  :-)

Lupakah kamu pada sabda Nabi yang sangat menghiburkan,"barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masaalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

Pernah terjadi pada seorang rakan bilamana dia dituduh Melakukan pecah amanah. Dia ditahan di lokap,disoal siasat,dan akhirnya kesnya dibawa ke mahkamah. Sebagai seorang yang tidak pernah mengalami situasi ini,dan mungkin tak pernah termimpi akan dituduh sebegitu,dia sangat sangat bimbang atas nasibnya,malah yang paling dibimbangi adalah nasib anak anak yang tinggal bersama bekas isterinya. Kerana dia sedar bahawa dia merupakan pemberi nafkah tunggal untuk anak anaknya. Jika dia dipenjaara,siapakah yang akan memastikan anak anaknya akan hidup dengan sempurna? Seperkara lagi yang paling dibimbangi adalah maruah ibu bapanya. Kasihan.dalam usia tua ibu bapanya mereka menangung malu atas "perbuatan salah" dirinya. Perkara itu sangat sangat menganggu fikirannya. Allahuakbar...

Setelah keluar dari tahanan reman dan diberi ikat jamin,diameminta pendapat ayah dan ibunya. Si ayah berkata,"kalau menang kes ini,jangan saman syarikat.sebab mungkin ini kesilapan kau kerana tak menjaga solat,solat di hujung hujung waktu,malah mungkin meninggalkannya terus." Si ayah berkata lagi.."amalkan istighfar seratus kali paling kurang selepas solat,mudah mudahan terhindar dari segala masaalah."  Pesanan si ayah itulah yang dia pegang dan amalkan sepanjang masa menunggu hari perbicaraan. Setiap kali solat dia tak pernah leka atau lupa dgn istighfar. Malah setiap ada masa kelapangan bibirnya tidak pernah lekang dari ucapan itu. Malah dia sentiasa membacanya hingga saat waktu tidurnya..

Hari berganti hari,dengan susah payah bekerja sementara sbgi buruh kontrak untuk menyambung hidup dan memastikan nafkah anak anak tidak terjejas,jerit perih tidak pernah dihiraukan.yang penting kehidupan anak anak. Maka hari perbicaraan pun tiba. Dia datang ke mahkamah dgn berbekalkan istighfar yang tidak pernah putus sejak bangkit dari tidur,hingga masuk ke dewan mahkamah. Kuasa Allah tiada siapa dapat menolak.. mahkamah ditangguhkan atas sebab sebab tertentu.. begitulah ianya berulang ulang selama hampir setahun. Tangguh dan tangguh silih berganti,tapi dia istiqomah dengan apa yang dia amalkan,sepanjang masa dan ketika.

Saat ketika susahnya dia,dengan hati yang kebingungan dan kebimbangan,Allah pinjamkan dia dengan seorang gadis berhati mulia,yang seakanmamat memahami dan mengerti dengan masaalah dirinya.. Gadis itulah teman dia bercerita dan bergurau senda.menghilangkan duka nestapa kala tiada manusia lain yang tahu keresahan jiwanya. Saat perkenalan itu,dia semakin mendekati Tuhannya,Allah pencipta seluruh alam. Benarlah kata satu hadis bahawa sekiranya kita mengenali seorang wanita solehah,kita akan semakin dekat dengan Allah SWT.. perasaan itulah yang bermain di mindanya saban waktu.. dia merasakan dia tidak salah memilih teman...

Selama hampir setahun itu,rutin hidupnya adalah kerja dan naik turun mahkamah. Setelah lebih 10 kali penangguhan,akhirnya,mahkamah mengugurkan kes tersebut begitu sahaja dengan alasan tidak cukup bukti pendakwaan. Allahurabbi..Allah maha besar.. tiada apa yang mustahil di atas dunia ini bagi Allah.apa yang perlu kita lakukan adalah yakin dan doa..sesungguhnya Allah tidak pernah menolak doa hamba hambanya selagi kita beriman denganNYA.

Lihatlah..dan renungkanlah..kelebihan istighfar dalam kehidupan manusia..100 kali istighfar selepas solat menghapuskan dosa. Dan tanpa dosa,doa kita mudah diterima Allah..sedarlah wahai teman..sesungguhnya,jangalah sesekali berkeluhkesah dengan ujian Allah.. Alah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.sedangkan kita sering keliru.lihatlah teman teman..betapa Allah kasihkan dia,sehingga dalam waktu susahnya,Allah tarik dia dekat padaNYA.istighfar dan solat sunat taubat tak pernah lekang dari dirinya. betapa nyamannya hidup. Tak cukup dengan itu,Allah pinjamkan dia dengan seorang gadis solehah sebagai penghibur dikala duka. Betapa Allah lebih mengetahui keperluan kita dari apa yang kita minta..

Ingatlah teman teman..dekatkan diri pada Allah.nescaya pintu pertolongan sentiasa terbuka untuk kita..yakin dan tawaduklah... dan jangan sesekali mempersoalkan doa kita yang dirasakan tidak makbul.sedang Allah pernah berjanji akan memakbulkan setiap doa hambanya. Barangkali,doa kita mahu kaya,tapi Allah lebih tahu,yang kita bukannya perlukan kaya itu. Tapi sebenarnya kita perlukan kebahagiaaan. Maka doanya untuk kaya,Allah tukarkan menjadi rahmat kebahagiaan untuk kita.begitulah Allah mengatur hidup setiap hambanya..dan kita wajib bersangka baik pada Arrahman.
Sekian..



Assalamualaikum...   :-)



Assalamualaikum....

Al kisahnya pada satu masa ada seorang wali Allah sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Setibanya di masjid ,dia mula menaiki tangga masjid. Namun bila sampai di satu anak tangga.dia berhenti sambil merenung ke bawah tangga tersebut. Kemudian dia berkata..."di bawah tangga masjid ini ada tuhan kepada seluruh manusia". Bila didengari kata katanya oleh jemaah yang lain,dia ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Setelah disiasat,dia didapati bersalah dan dihukum pancung.

Selang beberapa tahun,di masjid yang sama,seorang pemuda duduk di bawah tangga masjid sambil menguis2 tanah,sambil mendengar khutbah jumaat. Tiba tiba dia berteriak..  Emas!!! Sejurus itu semua jemaah berebut2 ke bawah tangga masjid untuk berebutkan emas tersebut.

Apa kaitan cerita tuhan di bawah tangga masjid dan emas itu?
Cuba anda fikirkan... bukankah sekarang ini manusia berlumba lumba mengejar harta benda lebih dari akhirat?
Seolah olah harta adalah segalanya dalam dunia ini.hingga solat kita terleka,malah kadang tertinggal terus kerana alasan alasan taka munasabah kita sendiri.
Maka benarlah kata wali Allah tersebut bahawa,tuhan manusia iaitu harta benda,
Ada di bawah atangga masjid tersebut.bagaimana mungkin tidak jika sampai khutbah jumaat pun mereka sanggup tinggalkan semata mata kerana hendak berebutkan emas(tuhan) mereka..

Wallahualam..


Assalamualaikum...   :-)

wahai emak



Sudah empat hari aku kira,aku menumpang tidur di rumah emak.meninggalkan rasa bosanku bersemadi di rumah dua tingkatku yang sunyi dari segala keriuhan. Lega rasanya bila rasa sunyi selama ini bertukar jadi tenang di rumah kelahiranku ini. Tapi sayangnya emak, semenjak aku sampai hingga hari ini,demam tak kebah kebah. Nak ke klinik punya la susah..

Tapi...aku bangga dgn emak..tangungjawabnya pada ayah mendahului segala kesakitan dan keperitan.seawal subuh,emak siapkan sarapan untuk ayah..sarapan seringkas mungkin,permintaan wajib dari ayah selama berpuluh tahun.. LEMPENG. 
Senyum aku mengenangkan ayah yang terkulat2 menjamah sarapan yang emak buat kalau bukan lempeng nama diberi..:-)

Dalam senyumku,terfikir sejenak..andai...aku nanti punya seorang isteri,mampukah dia menjadi seikhlas emak?yang mampu mengenepikan rasa sakit dan lelah diri sendiri untuk keperluan anak anak dan suami? Mampukah dia seikhlas hati menjalankan rutin seharian yang berulang ulang sepanjang tahun,bahkan mungkin sepanjang hayat?tanpa sekalipun mempersoalkan masa rehat,masa cutinya,dan masa santainya bersama teman teman seusia di surau? Entahlah..aku pun tak pasti....

Mungkin aku perlu rasional dgn hakikat kehidupan masa sekarang. Mana mungkin isteriku nanti mampu melakukan sebaik emak sedang dia juga perlu bekerja.sedang emak suri rumahtangga sejak berzaman rasanya..:-) tak apalah...walaupun tak dapat merasa masakan isteri setiap hari,dapat merasa setiap hujung minggu pun dah molek rasanya..sebab tak akan ada manusia yang mampu menyamai kasih emak.aku pasti yang itu...biarlah nanti zaujah solehahku terasa hati dengan kenyataanku.asal aku tau apa yg benar tentang emak. Emak yang melahirkanku dan mengasuhku berpuluh tahun lamanya.. kalau benar dia zaujah solehah,aku pasti dia tidak akan terasa hati dengan kenhataanku.sebab dia perlu sedar,mana mungkin dia yang batu mengenaliku akan lebih memahamiku lebih dari emak yang membesarkanku sejak aku lahir hingga aku tua seperti sekarang. 


Pagi ini,rutin emak masih sama..lempeng ayah siap sudah mak sediakan untuk sarapan ayah. 2 keping sudah barang tentu. Baki tepung tu nanti mak akan buat sekeping lagi untuk sarapan si tompok. Ye... Tompok..kucing kesayangan emak..sarapan tompok hari hari adalah sekeping lempeng baki tepung lempeng ayah. Rajin emak menambahkan kerja yang tak pernah sudah semata mata untuk mengenyangkan perut si tompok setiap hari. Sayangnya emak pada tompok,hingga mak sanggup bangun malam semata mata untuk menggoreng ikan buat santapan tompok. Bukan setakat itu saja..mak sanggup kunyahkan ikan bilis untuk tompok kalau hari itu tak ada ikan baki jualan ayah untuk tompok. "Kesian...nanti dia tercekik.." kata2 mak bila anak anak seakan cemburu dgn layanan mak pada tompok. Tapi hasilnya sungguh tak diduga. Tompok yang selalu makan dari kunyahan emak,sangat menuruti kata emak. Apa yang emak suruh,tompok turuti.bila mak marah,tompok diam tunduk seakan sedih.seakan faham emak marahkan dia.

Ada sehari tu..tompok tiba tiba sakit kaki.tempang jalannya.tiga hari tompok tak lalu makan.satu ketika tompok kencing atas katil aku.sakitnya hati aku Tuhan saja yang tau.aku halau tompok keluar bilik dia buat tak tau. Aku mengadu pada emak,perihal tompok kencing di katilku. Aku ingatkan mak akan marahkan tompok.rupanya sangkaanku meleset.. emak panggil tompok hanya sekali,tompok terdengkot dengkot keluar dari bilik menuju pada emak yang sedang berbaring di depan tv. "Kenapa kau kencing kat katil tompok..orang marah tau tak..kau nak jadi jahat ke...orang benci tau tak..." pesan mak pada tompok....kalau aku dulu buat macam tompok,memang berbirat la belakang aku dgn getah paip mak hadiahkan. Tompok? Mak cakap elok2 je...anehnya tompok hanya mengiau lesu di depan mak.minta maaf barangkali...
Mak urut kaki tompok alakadar sambil "menasihati". Anehnya
Kaki tompok baik ketika itu jug...Allahurabbi....indahnya kurniaan Allah.. emak...saya sayang emak...

Sekian..


Assalamualaikum...   :-)

untuk zaujahku



Assalamualaikum ....:-)

 Bagaikan badan ditindih batu,liatnya bangunku untuk tahajudku
Sejam sudah waktu berlalu,23 panggilan tak ku tahu
Sebening subuh itu suaramu sayup memanggil aku
Hadiah wajib darimu untuk diriku

Tapi wahai zaujah solehah ku
Sepertiga malam ini suaramu tak seperti sepertiga malam yang selalu
Kedengaran ikhlasmu bertebaran hilang tak tau mana dituju
Sedarlah aku dirimu sendu memikirkan sikapku
Payah dan susah bangun menyembah Allah yang satu

Wahai zaujah solehah pujaanku,maafkanlah aku
Bahawa aku ini kau perlu tau,hanya khalifah kerdil di bumi Melayu
Yang punya kenakalan,nafsu dan kemalasan barang tentu 
Terimalah diriku,kelebihan dan kekuranganku

Wahai zaujah solehahku,aku pasti rindu kamu
Jika malamku tidak bertemankan kamu
Tidurku tanpa suaramu menemaniku
Sepertiga malamku tanpa dorongan darimu
Marahmu itu ubat jaga bagiku untuk menyedarkanku
Bahawa aku perlukan kamu,mendampingiku sepanjang usiaku

Tuesday 16 April 2013

sabda Rasulullah



"Cahaya hikmah ialah lapar,
Dan kejauhan dari Allah 'azza wajalla ialah kenyang
Dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin dan menghampiri mereka
Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu
Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan
Nescaya bidadari tidur disekelilingnya sehingga ke pagi.."






Assalamualaikum....  :-)

syair untuk Allah


Aku cinta padaMU kerana dua sisi cinta
Cintakan diriMU dan cinta kerana Engkau patut dicinta
Aku cinta akan diriMU
aku selalu mengingatuMU,bukan yang selainMU
adapun cinta kerana Engkau patut dicintai
Aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMU
tiada pujian dalam hal ini,dn itu bagi diriku
Tetapi puji dalam hal ini,dan itu hanya milikMU



By 
Rabi,ah al adawiyah..


Assalamualaikum
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Alkisah satu hari saidina Umar menemui Rasulullah di rumahnya. Didapati tiada perhiasan dan alat kemudahan di rumah itu kecuali sebuah bangku yang pelapiknya dari tenunan daun kurma. Di dindingnya tergantung Sebuah guriba (bekas air) untuk mengambil wuduk.

Melihat keadaan Rasulullah,hati saidina Umar terharu hingga menitiskan air mata. Rasulullah bertanya "apakah sebabnya kau menangis ya Umar?"sidina Umar menjawab,"  bagaimana saya tidak terharu ya Rasulullah..hanya begini keadaan yang ku dapati dalam rumahmu.tidak ada dunia dan tidak ada kekayaan.sedangkan seluruh kunci masyrik dan maghrib telah tergenggam dalam tanganmu,kekayaan yang melimpah ruah."

Dengan tegas Rasulullah berkata "aku ini adalah utusan Allah ya Umar..aku bukanlah orang Kaisar dari parsi atau Rom. Mereka menuntut dunia tetapi aku menuntut akhirat. 

Begitulah contoh seorang pemimpin ulung,yang zuhud,yang hatinya mencari makrifah Allah terhindar jauh dari darjat dan pangkat di dunia. Pada penilaian anda,adakah ada seorang dari pemimpin2 kita yang ramai itu yang sebegini zuhud? Jawapannya seakan mustahil bukan? Tapi begitulah realitinya keadaan di negara tercinta kita ini.. buktinya? Cari lah sendiri dan bandingkanlah dgn kehidupan sederhana Rasulullah..

Bayangkan seorang menteri besar yang berkuasa selama 5 tahun,mampu memiliki rumah bernilai jutaan ringgit.kereta2 besar dan mewah, dan entah apa apa lagi hartanya..sedangkan selama hayat Rasulullah,baginda sangat bersederhana hingga sederhananya itu kita boleh anggap seperti kehidupan orang miskin di masa kita ini.
Begitulah ..bila cinta kepada Alah melebihi cinta kepada makhluk...kemiskinan,kesukaran,kepayahan dan kesusahan tidak pernah berbekas di hati..




Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...:-)

puisi sang khalifah kerdil (untuk pemimpin ku)



Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..


5 tahun telah berlalu..kini gegak gempita mula kedengaran
Janji2 mula dicanangkan di seluruh empunya kerakyatan
Umpat keji kata nista fitnah dan kebodohan kau pamerkan
Bagaikan tiada Allah pencipta alam memerhatikan

Untuk apa dengan fitnah dan kejian untuk bangsa islam mu wahai pemimpin?
Adakah Muhammad Rasulmu menterbiahkan pemimpin dahulu sedemikian?
Adakah mulia dirimu melebihi umat2 yang lain menghalalkan yang sedemikian?
Atau adakah kerana nafsu manusiawi mu menjelma menjadi kehaiwanan?

Ingatlah wahai pemimpin2 ku yg mengaku beriman kepada kalam Tuhan
Andai kau menang,yang tersungkur itu adalah saudaramu jua kenalan
Yang kau hina itu adalah seugama denganmu,ugama MUhammad junjungan
Adakah kemenangan mu lebih bermakna dari maruah ugama yang kau anutkan?
Sedang hakikatnya islam ugamamu semakin kecil di balik perut mu yang makin kelihatan
Malu lah wahai pemimpinku..malulah  pada Rasul junjungan
Kerana kau menumpahkan air matanya dgn tingkah burukmu yang jadi perhatian

Wahai pemimpinku marilah kita bersatu perjuangkan
Ugama kita lebih dari kepartian
Sedarlah wahai pemimpin sekalian
Bila ugamamu diinjak2 oleh bangsa yang berlainan
Tiada apa yang nak dimegahkan dengan sejarah berzaman
Tiada apa yang nak dimegahkan tanah melayu warisan
Jika islam mu itu hanya tinggal nama bak turki yang dibinasakan



Assalamualaikum
Wahai pemimpinku..
T______T
Hanya ada satu Parti yang seumpama itu,iaitu parti tarbiyah yang memperjuangkan syariat Allah..semoga kemenangan berada di tangan umat islam.

Pilih. Jangan sampai tidak memilih,kerana umat islam harus menjadi khalifah di buminya sendiri. Jangan biarkan islam dihina Oleh bangsa lain,apatah lagi islam dihina oleh umat islam itu sendiri. Biar kafir menolak islam..kita akan faham. Tapi jangan orang islam menolak islam..kerana yang itu kita tidak sepatutnya faham...

islam ugama penyelamat (PRU13)




Islam adalah ugama penyelamat..
Islam tidak dapat dipisahkan dari politik.sejak sekian lama,iblis menghasut manusia agar umat islam melihat islam dari kerangka ibadah sahaja.bkn ibadah ekonomi,ibadah sosial dan ibadah politik. Sangat dianajurkan agar umat islam menguasai politik. Dan kita perlu melilih kenderaan politik yang sesuai dgn politik islam,yang membawa keselamatan dan ketenangan. Pilihlah parti yang terlihat jelas hanya untuk kepentingan samawi.tidak untuk kepentingan diri,dan jelas dengan akhlak mulia.


Assalamualaikum  semua....:-)
Hari ini dlm usia sebanyak ini,atas bantuan seorang insan yang aku sayangi,
Maka terhasillah blog terbaru di alam maya ini buat berkongsi rasa,mungkin
Juga berkongsi cerita mahupun pendapat. Siapa tau ada kebaikan yang boleh
Kita kongsi bersama sebagai insan di muka bumi Allah ini..

Salam perkenalan dari saya..:-)
Maaf kerana sy bukan seorang penulis..bukan juga seorang cendikiawan,
Bukan juga seorang yang terpelajar. Tidak hairanlah andai nanti tulisan saya akan
Mungkin tidak teratur,tidak secantik bahasa dan tidak seindah bicara anda semua..

Rasanya cukup dahulu sampai di sini tulisan saya sebagai permulaan..tiada isi,
Tiada pun cerita..cuma ada satu pesanan utk kita renungkan bersama...

"Berkata katalah dgn perkataan yang baik2.sekiranya tidak mampu berbuat yang sedimikian,adalah lebih baik kamu diam. Sesunggihnya Rasulullah tidak pernah mengajar kita untuk menghina dan mencerca sesama manusia..  :-)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..