Friday 24 May 2013

pesanan buat penguasa

Assalsmualaikum Wbt...


Sudah Tahu Caranya..tapi Tak Diturut
Sudah Ada Undang Undangnya Tapi Tak Diikut
Kenapa Perintah Yang Salah Kau Turut
Bukankah Kau Berkecuali Bukan Tali Barut?

Mana Integritimu Yang Konon kau Berpaut
Mesra Cekap Dan Betul Seolah Tercampak Ke Laut
Malu La Pasukan Jadi Pak Turut
Punah Maruahmu Direngut Rengut

Uniform Kau Pakai Anak Anak Yang Takut
Orang Dewasa Hanya Memandang Meluat
Tak Siapa Lagi Merasa Takut
Kerana Sikapmu Kelingking Berkait

Ingat Tugasmu Bersama Sumpah Menurut
Adil Saksama wajib sentiasa kau Angkut
Kalau Pandangan Serong Mula Kau Takut
Itu Salahmu,bukan Kami Yang Belot

Wahai Penguasa Buangkan Takut
Perintah Durhaka Jangan Kau Ikut
Di Akhirat Nanti yang Perlu Kau Ingat
Kerana Tugasmu Untuk Masyarakat


Assalamualaikum Wbt..  :-)

No comments: