Wednesday 1 May 2013

Renungan untuk Wanita..



Assalamualaikum Wbt...

Wahai Wanita Ingatlah Semua
Adam Tercipta Kemudian Hawa.
Janganlah Kamu Cuba Meraja
Ingat Asalmu Rusukku Jua

Wahai Wanita Perhiasan Dunia
Kecantikanmu Itu Jangan Diperaga
Jagalah Ia Sehabis Daya
Untuk zaujmu Yang Bakal Tiba

Wahai Wanita Sungguhmu Mulia
Solat Sunatmu Perlunya Tiada
Sedekahmu Tak Perlu Ada
Taat Zaujmu Dan Allah,syurgamu Ada

Wahai Wanita Rahimmu Jaga
Benih Zaujmu Tempatnya Di Sana
Bukan Benih Entah Siapa Saja
Bukan Untuk Benih Nafsu Neraka

Wahai Wanita Auratmu Jaga
Tutupi Ia Bukan Membalutnya
Sarunglah Baju saiz Yang Kena
Bukan Saiz bagai Tiada Ugama

Wahai Wanita Dosamu Ku Tangung Sama
Kerana Padamu Tangungjawabku Ada
Kasihanlah Pada Kami Semua
Kerana Dosamu,kakiku Jauh Dari Pintu Syurga 



Assalamualaikum Wbt.. 
Selamat Hari Pekerja..   :-)

No comments: