Wednesday 29 May 2013

subuh yang ditinggal

Assalamualaikum Wbt..

Dingin Subuh Bertemankan Gelita Yang Kelam
Tak Sedingin Subuh Waktu Kecilku Dulu
Sejuk Air Di Kali menusuk Sampai Ke Tulang Sum Sum
Namun Subuhku Tak Pernah Lalai Walau Sewaktu

Saat Usiaku Makin Meningkat Tua Dan Malam
Dingin Subuh Itu Bagai Tidak Terasa Seperti Dulu
Bangun Subuhku Terasa Bahang Mencengkam
Biar Kipas Berpusing Ligat Bagai Tak Mahu

Ku Rasa Nikmat Subuh Sudah Hilang Dari Alam
Sedang Manusia Manusia Baru Tak Sedar Itu
Pada Mereka Subuh Ini Paling Indah Dan Terbungkam
Tak Pula terasa Mahu Bangun Solat Sesudah Waktu

Bermula Subuh Dah Lupakan Pencipta Alam
Apatah Lagi Bila Kesibukan Mula Bertamu
Sedang Subuh Itu Permulaan Waktu Sebelum Malam
Masa Subuh Itu Jugalah Tidurnya Makin Nyenyak Bagai Tak Mahu

Ruginya terasa,bangun Solat Disubuh Kelam
Apatah Lagi tahajud Dan Taubat Tak Mungkin Mampu
Ikutkan Mata Yang Sebenarnya Dijahit Saitan Jahanam
Binasa jiwa Tak Pernah siapa Pun Tahu


Assalamualaikum Wbt...:-)

No comments: