Friday, 24 May 2013

gembiranya aku

Assalamualaikum wbt..


Cuti Sekolah Dah bermula
Anak Anak Ku Ambil Semua
Bawa Balik Ke Rumahku Suka
Lama Berbulan Tidak Ku Jumpa

Malam Tidurku Dipeluk Yang Bongsu
Bangun Subuhku Aniq Ikmal Di Depanku
Lama Sudah sepi Hidupku
Tanpa Anak anak Sunyi Hidupku

Pagi Hari Masak Untuk Anakku semua
Nasi Goreng Kegemaran Aku Sedia
Walaupun Tak Mesah Tanpa Ayam Segala
Cukup Selera Mereka Merasa

Sayang Cuti Ini Poketku sayu
Tak Cukup Bekalan Untuk Anakku
Tapi tak Pernah Mereka Mengadu
Asal Cuti Ini Dapat Bersamaku

Sabar Anakku Ayah Berusaha
Moga Usaha Menemu Jaya
Nanti Berduit Kita Bersama
Bergembira Sementara Cutimu Ada

Wahai Allah Kasihani Anakku
Murahkan Rezekiku Demi Anakku
Jangan Kau Hadkan Kegembiraan Bertamu
Hanya Padamu Aku Merayu..


Assalamualaikum Wbt...:-)
Post a Comment