Friday 24 May 2013

karnival belia di mataku

Assalamualaikum Wbt...


Putrajaya Kembali Bingit Meriah
Anak Muda Diraikan Megah
Karnival Belia Namanya Gah
Tapi Sedikit Untuk Rohaniah

Jalan Yang Besar Ditutup Penuh
Semata Kerana Karnival Yang Indah
Sayang Indahnya Membawa Punah
Mana Budaya Yang Menteri Ceramah?

Belia Pewaris Pimpinan Ummah
Tak Dapat Lari Masa Kan Berubah
Bagaimana Mungkin Jadi Pemimpin Yang Berhemah
Jika Budaya Tak Lagi Dimegah?

Wahai Pemerintah Teruskan Amanah
Jaga Beliamu Jangan Kau Punah
Tak Salah Mahu Berpesta Bermegah
Asal Ugama Jangan Disanggah

Wahai Belia Untung Kau Bertuah
Ada Karnival Dari Pemerintah
Pergilah Kau Raikan Pergilah
Waktu Solat Masjid Yang Dekat Tolong Kau Jengah

Aku Menulis hanya Setengah
Bukan Semua Yang Aku Ketengah
Teguran Hanya Tangungjawab Dan Amanah
Agar Tak Ditanya Dan Dipersoalkan Allah


Assalamualaikum Wbt...:-)

No comments: