Wednesday 15 May 2013

Bangun Melayu..




Assalamualaikum wbt..






Bila Teringat Kota Melaka
Lama Termenung seorang diri
Dulu Melaka Megah Beraja
Kini Kerabat Tak Bersambung Lagi

Dulu Di Sini Hang Tuah berlima
Tegak Berdiri Mengawal Negeri
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Kini Melayu Bak Tapai Ubi

Apa Guna Melayu Yang Ada
Kalau Jasad Yang Masih Berdiri
Sedang Rohnya Tak Gagah Sepatutnya
Sedih Hang Tuah Bangsa Sendiri

Bumi Melaka Payung Bendahara
Hasilnya Banyak Tidak Terperi
Pedagang Datang Tak Kira Bangsa
Akhirnya Islam Subur Di Sini

Sayang Derhaka Mamak Celaka
Jual melaka Pada Paderi 
Fitnah Diukir Sampai Semua
Akhirnya Berbalah Seluruh Negeri

Inilah Sebab bangsaku Merana
Baik Dahulu Mahupun Kini
Inilah Sebab Kaki Tak Daya
Jadi Pengemis Negeri Sendiri

Hina Bangsaku Bukan Kerana Cina
Hina Kerana Bangsa Sendiri
Tamak Haloba Merompak Harta
Yang Musnah Pula Bangsa Sendiri

Baik Buruk Semua Bangsa
Semua Bergantung Usaha Sendiri
Jatuh Terduduk Masa Yang Lama
Bangun Nanti Gagahnya Pasti

Jangan Dikenang Sejarah Lama
Bangunlah Melayu Perkasakan Diri
Masa Hadapan Di Bahu Kita
Jangan Diperjudi Nasib Anakmu Nanti

Semangat Yang Lemah Kuatkan Bersama
Jiwa Yang Kecil Besarkan Lagi
Kuatkan takwa Iman Yang Teguh
Kuatkan Melayu Di Bumi Sendiri



Assalamualaikum Wbt...   :-)






No comments: