Thursday 6 June 2013

Sabarlah zaujahku..

Assalamualaikum wbt..


Di Hadapanku,kipas Meja Berpusing Ligat
Deru Angin Kedengaran Di Telinga Kiriku
Kicau Murai Di Luar Rumah Galak menyakat
Memikat Si Dara Di Hujung ranting Berlagu

Tenang Pagi tak Mampu Menyekat darah Pekat
Dari Mengalir Menghanyutkan Rasa Rindu
Biar Sibuk Telah Ku Usahakan Dan Ku Perbuat
Namun rasa Rindu Dan Sebu Tetap Datang Bertamu

Sesekali Kau Lahirkan Kerisauan Yang Terasa Menyengat
Merobek Tenangmu Kala Solat Melintas Bayangku
Namun Aku Usaha Menutup Pandangan Makrifat
Agar Gusarmu Kan Berlalu Tak Perlu diragu

Memang Kau Lihat Seolah Aku Tak usaha Memikat
Kala Hatimu Kau beri Padaku Purnama Yang Lalu
Kerana Aku Tak Sama Dengan Sahabat Yang Hebat
Ku Hanya Memujuk nafsu Ikut Apa Ku Mahu

Dingin Pagi Tak Sama Dengan Dinginku yang Kau Penat
Kerana Pagi Tak Mensisakan Dingin Untuk Malammu
Sedangkan Aku cuba Mengawal Nafsu Yang Jahat
Untukku Kecapi Keindahan Perkahwinan Yang bakal Bertamu

Sabarlah Zaujah Dengan Dingin Lakuku Yang teramat
Ku Layan Kamu Tak Seperti Kekasih di Dalam Novelmu
Namun Janjiku Hanya Allah Yang sediakan Tempat
Kau Permaisuriku Kala Kadi Menjabat Tanganku

Tika Ikatan Menjadi Sah Dan Hangat
Tika Itu Jua Kau Ratu Hatiku Yang Satu
Tiada Lagi Sesiapa Mampu Menganti Tempat
Kerana Detik Itu Kau abadi Dalam Pelukanku


Assalamualsikum Wbt..


No comments: