Wednesday, 5 June 2013

Rezeki dan wang

Assalamualaikum Wbt..


Untuk Mendapatkan Rezeki,kita Perlukan Wang
Adakala Tidak,selalunya Kita Perlukannya
Umpama Aliran Sungai Perlukan Tebing
Begitu Juga Ia Dalam Penghidupan Kita

Dalam soal Rezeki,apa Yang Kita Peroleh Ada Hak Orang
Jangan Menyangka Gaji Kita Kepunyaan kita
Ada Bahagian Yang Perlu Kita Agih Pada Bengkel Dan Tabung
Yang Kita Makan Itu Rezeki Kita Sebenarnya

Rezeki Yang Banyak,banyak Pula Kerak Yang ditangung
Jangan Disangka Orang Kaya Lebihannya Banyak Bersisa
Dia Juga Banyak Benda Perlu dibayar Dan kemudian Melopong
Wang Yang Banyak,rezeki Kita hanya Nasi Sepinggan Cuma

Ramai Juga Manusia Sakit Harta Menggunung
Tak Mampu Pula Harta Yang Ada Mengubat Sengsara
Penyakit Datang Banyak berbondong Bondong
Tak Terasa Nikmat Duit Banyak Rezeki Yang Ada

Orang Kaya Selera Pula Tiada,entah Ke Mana Menghilang
Duit Banyak,tapi Makan Roti Gandum Beras Perang Cuma
Ikan Ayam Lauk Sedap Tinggal Kenangan  Zaman perang
Duit Banyak makanan Sedap tak Mampu Pula Menjamahnya

Orang Miskin Duit Sedikit Rezekinya Mahal Di Hujung Kampung
Ikan Keli Sayur Segar Keliling Rumah Dan Sawah Diambilnya
Masak Apa Pun Seleranya Ada Tiada Halangan Mengepung
Sakit Pening Akar Kayu ulam Pegaga Jadi Ubatnya

Lihatlah Allah Mengaturkan Rezeki Pada Kita Yang Sombong
Si Kaya Peroleh Harta Dan Nama,makan Sedikit selera Tiada
Sedang Si Miskin Harta Tiada orang Lupa Tak Punya Gedung
Tapi Selera Allah Beri Sampai Ke Tua Tak Pernah Berbeza


Assalamualaikum Wbt...  :-)

Post a Comment