Saturday 1 June 2013

Hinanya kematian Kamal Antartuk

Assalamualaikum Wbt..


Dulu..semasa Khalifah Memerintah..makmur..sejahtera
Hukum Islam Tertegak Sudah Atas Panji Panji Islam Mulia
Tak Pernah Sekalipun Musuh Berjaya Kembangkan Pengaruhnya
Apatah Lagi Mengugat Akidah Seluruh Rakyat Jelata

Usaha Bukan Sekali,malah Tak Terbilang Jumlahnya
Bagai Aliran Air,tak Terbilang Titisannya
Usaha Perosak Akidah Bersua Jalan Mati Sentiasa
Begitulah Kental Turki Yang Allah Pelihara Kerana Iman Mereka

Makmurnya Turki Dicemburui Musuh Dan Yang Seugama
Islam Subur Bersama Pemimpin Yang Adil Dan Sederhana
Rakyat Gembira Jiwa Mereka Berbunga Bunga Sentiasa
Ilmu Berkembang Ulamak Menyampai menjalankan Dakwahnya

Namun..entah Apa Dugaan Dan Entah Apa Perancangan Yang Esa
Pisang Setandan Ada Sebiji Busuk Menyebar Buruk Nan Rupa
Hidung Bengkok Dahi Luas Kamal Antartuk Diberi Nama
Perosak Akidah,perosak Ugama,perosak Turki Mulia

Hebatnya Dia Bukan Kerana Ilmu Ugamanya Dan Usaha
Tapi Didorong Oleh Musuh Islam Jua Adanya
Kamal Cilaka Ini Manusia Hebat Ciptaan Kristian Durjana
Digilap Diasuh Untuk Memusnah Akidah Seluruh Umat Manusia

Nyaman Bumi,alir Sungai Seakan Lesu Dan Murka Padanya
Khalifah Pemerintah Turun Takhta Angkara Dia Juga
Terlepaslah Turki Dari Bimbingan Khalifah Terbaik Dizamannya
Giliran anjing Kristian Ini Memerintah Negara Dan Rakyatnya

Langkah Pertama,hancurkan Akidah Dan Pegangan Ugama
Lalaikan Rakyat Dengan Hiburan Dan Keindahan Dunia
Sekolah Ugama Tak Lagi Diutama Dan Dibela Seperti Dahulu Kala
Ulamak Diawasi Dan Ditutup Mulutnya,terhalang Dakwah Mulia

Tak Cukup Yang Itu,bahasa Arab Tak Lagi Diguna
Sedang Azan Pun Berbahasa Turki Kehendaknya
Kalau Dia Kafir,tidaklah Geram Rasanya
Tapi Dia Islam Serupa Dengan Kita Semua

Budaya Barat Dibawa Beransur Ke Dalam Negara
Tari Menari Lelaki Perempuan Dipertonton Untuk Semua
Pergaulan Bebas,pakaian Singkat Dijual Merata Rata
Zaman Khalifah Tidak Ada Itu Semua,pasti Tertarik Si Anak Muda

Tulisan Jawi Dilarang Diperguna Dalam Apa Jua Urusan Negara
Hatta Di Sekolah Pun Tak Diajar Untuk Jenerasi Muda
Akhirnya Jawi Hanya Tinggal Ilmu Terpinggir Sahaja
Samalah Keadaannya Di Negara Kita,Malaysia Tercinta

Rakusnya Kamal Antartuk ini Merosakkan Akidah Dan Negara
Akhirnya Turki Terlepas Dari Rahmat Yang Esa
Hancur Akidah Seluruh Rakyat Dan Pemimpinnya
Kerana Ulamak Tak Lagi Dibenar Berbicara

Lalu...janji Allah Tiba Jua Akhirnya..sakit Dia Secara Tiba Tiba
Kulit Berpenyakit Dari kaki Hinggalah Ke Kepala
Hina Rupanya Sang Pemimpin Durjana Berbaring Tidak Berdaya
Terasa Panas Seluruh Badan Tak Terperi Rasanya Tersiksa

Menjerit Terlolong Dia Di Dalam Istana,hingga Terdengar Seluruh Hamba
Panas Badannya Tak Tertanggung Rasa,pengsan Dia Tiga Hari Lamanya
Seksanya Azab Di Atas Dunia,Allah Berikan Pada Penderhaka
Jadi Iktibar Pada Seluruh Rakyat Jelata

Malang Untuknya Turun Berganda,lepas Pengsan Hilang Ingatan Pula
Rasa Panas Masih Lagi Membakar Dirasa Sepanjang Masa
Ditengah Laut Dia Diapung Supaya Terasa Sejuk Seluruh Anggota
Tapi Maaflah..laut Pun Murka,tak Mahu Menjalankan Lumrah Kejadiannya

Derita Panas Tak Terhingga Haus Sentiasa Tak Kunjung Padam Jua
Akhirnya Rebah empat Puluh Lapan Jam,lalu Maut Menjemputnya
Masaalah Baru Pula Datang Menimpa,tak Ada Siapa Sembahyangkan Jenazahnya
Sembilan Hari Mayat Terbiar Tak Diurus Sempurna,lalu Diawet Oleh Keluarga

Akhirnya Disembah Juga Ulamak Yang Dihina
Untuk Mengurus Jenazahnya Celaka
Dimandi Disembahyangkan Disempurnakan mayatnya
Lalu Dibawa Untuk Dikebumikan Didalam Negara

Hinanya Manusia Kamal Antartuk Ini Tak Berakhir Lagi Rupanya
Tiada Tanah Yang Mahu Menerima Mayatnya Di Mana Jua
Baik Di Dalam Mahupun Di Luar Negara,tidak Terjumpa Letak Duduknya
Akhirnya Diletak Digurun Tandus Sahaja,tanpa Dikebumi Hingga Sekarang Adanya

Begitulah Tragis Hidup Mati Si Pemimpin Durjana
Jadi Iktibar Untuk Kita Semua
Kepada Pemimpin,diingatkan Sama
Jangan Sampai Mengalami Nasib Yang Sama..


Assalamualaikum Wbt...   :-)




No comments: