Thursday 6 June 2013

daun kering dan aku..

Assalamualaikum Wbt..


Dedaun kering Jatuh Ke Aliran Sungai Lesu
Menuruti Arah Air Yang Entah Ke Mana
Pasrah Daunan Dengan Takdir Penentu
Tak Pernah Bersuara Biar Hati Sengsara

Badan Yang Rapuh Dipukul Dihempas Bertalu
Bergesel Tebing bagai Tiada Sudahnya
Namun Setia Dan Imannya Tak Pernah Terganggu
Redha Dan Pasrah Biar Apa Pun Nasibnya

Darjat Daunan Seakan Terlalu Tinggi Berbanding Aku
Kerana Aku Sering Mengeluh Tika Ujian Melanda
Seolah Iman Tidak Berada Di Sudut Hatiku
Seolah Tak Redha Dengan Ujian Penghapus Dosa

Masa Sakitku Ku Mengeluh  Mengadu
Tak Pernah Senyap Berzikir Berdoa
Baru Sedikit Diuji Sesudah Sihatku
Sudah Gelabah Tak Menentu Suara



Assalamualaikum Wbt...:-)



No comments: