Sunday, 28 July 2013

Gelisah lebaran..

Assalamualaikum wbt..


Ramadhan ini semakin meninggalkan pertengahan dahan
Meluncur laju menuju hujung masa bulan barokah
Syawal yang riang pasti kan kunjung datang seperti kebiasaan
Aku yang rungsing tak merasa ketenangan yang indah

Rakan tertawa ku turut ketawa giar hati tak demikian..
Mengira wang yang bagai mustahil mencukupi nafkah
Anak di sana sudah bertanya pakaian kegemaran
Aku di sini murung mengenang ,demam tak kebah

Wahai anakanda sabarkan hatimu,ayah kan usaha buat bekalan
Nanti kan ayah kerjakan sesuatu tanpa rasa lelah
Asal baju rayamu dapat kau pakai bersama teman dan taulan
Agar syawalmu jauh lebih bermakna tak berkuraang walau setengah

Ya Allah kurniakan aku kesihatan agar aku punya kekuatan
Supaya dapat ku kerah tenaga mencari rezeki barokah
 Agar syawal anak anakku kan indah sepertimana teman teman
Agar hat
Post a Comment